,
Berita

"Papa Ingat Deh Kalau Adik Ore Mati, Ore Gi Pancung Belako” – Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri

Fiza Kamarudin
01/07/2020
07:01 MYT
Anak lelaki kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui WhatsApp.
Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary.
Tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: "Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako".
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 8.45 malam, 15 Jun lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan dibenarkan antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri.
"Anak guam saya merupakan pengarah bagi tiga buah syarikat dan urusan perniagaan ini adalah bersama pengadu yang merupakan bapa tirinya," katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.