,
Viral

Pants Dress Biru Mira Filzah Jadi Bualan Netizen, Rico Rinaldi Siapkan Dalam Masa 130 Jam Saja!

Amri Hassan
07/09/2020
06:10 MYT
Pereka fesyen baju resepsi biru Mira Filzah, Rico Rinaldi mendedahkan dia mengambil masa selama 130 jam untuk menyiapkan 'pants dress' pelakon popular itu.
Jelas Rico, rekaan dres yang dilengkapi dengan seluar tapi masih mengekalkan ciri-ciri sopan itu adalah hasil perbincangan dengan bakal pengantin dua minggu sebelum majlis resepsi berlangsung.
"Mira datang pada saya dua minggu sebelum majlis resepsinya, kata Mira dia mahukan rekaan yang sesuai dengan majlis dalam taman pada waktu pagi dan selesa untuk bergerak untuk sesi games.
"Jadi, saya mahukan rekaan yang tidak boleh terlalu sarat dan berat untuk pengantin. Terus terlintas untuk buat seluar dan sut.
"Tapi selepas berbincang semula dengan Mira, kami putuskan untuk menghasilkan dress pants yang sesuai dengan imej Mira tetapi punyai kelainan dengan belahan slit pada dres itu di bahagian hadapan," kongsinya kepada Gempak.
Tambah Rico, dia memilih warna powder blue berdasarkan warna pelamin pilihan Mira dan Emir.
"Mira sudah pilih warna putih dan 'champagne' untuk dua majlis sebelumnya, jadi saya cadangkan Mira untuk bermain dengan warna.
"Jadi, kami putuskan warna powder blue dan kekalkan gaya kasual serta perincian Rico Rinaldi.
"Pants dress ini menggunakan fabrik sutera crepe dan menggabungkan manik berbentuk bunga yang dicampurkan dengan warna biru gelap, silver dan sedikit hijau," katanya yang menggunakan kain layah panjang untuk menyeimbangkan persalinan tersebut.
Manakala, bagi persalinan Emir pula Rico memilih sut yang berwarna senada dengan pants dress Mira.
"Saya tak mahu Emir pakai tali leher atau bow tie sebab mahukan mood kasual, malah pasangan itu juga tidak dipakaikan sebarang aksesori seperti tiara dan bunga tangan bagi menampakkan majlis ini lebih santai," tambah Rico.
Pants dress Mira tu merupakan sentuhan pertama Rico sepanjang 12 tahun beroperasi untuk menghasilkan persalinan yang berbeza bagi pasangan mempelai.
Majlis resepsi Mira dan Emir berlangsung meriah pada Ahad lalu di A-Park, Puchong, yang dihadiri teman rapat, rakan selebriti dan media.
Pants dress rekaan Rico juga menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Mira dan Emir telah disatukan pada 3 September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Laman Utama

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”

gempak
05/12/2023
15:55 MYT
Tahniah Mira!
Laman Utama

Didakwa Tak Boleh Bekerjasama Dengan Mira Filzah, Ini Respon Zizan Razak!

gempak
05/10/2023
08:49 MYT
Macam mana boleh timbul cerita tu?