Laman Utama
“Pandemik, Tempat Belajar Tenggelam..” - Selepas Hampir 2 Tahun, Norman Hakim Bangga Anak Dapat Lesen Memandu
Aktor kacak Norman Hakim neluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 19, berjaya memiliki lesen memandu kereta dan motosikal berkuasa tinggi.
Menerusi laman sosial Instagram, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 46, memuat naik meraikan momen tersebut untuk tatapan umum.
Dalam perkongsian tersebut, bekas suami kepada Abby Abadi itu memaklumkan Danish terpaksa menempuh pelbagai halangan sebelum akhirnya menerima lesen memandu yang sah.
“Settled urusan JPJ. Selepas 1 tahun 6 bulan dengan on dan off status belajar dan test memandu sebab pandemik, dengan tempat belajar memandu tenggelam sebab banjir, akhirnya dapat jugak lesen untuk @danishhakimoffical.
“Congrats cayang! Dapat lesen B dan D ni pun salah satu pencapaian hidup. Lepas ni kita ambil lesen aviation pulak,” tulis Norman di ruangan kasyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah pada Danish di atas penerimaan lesen tersebut.
“Uncle saya tak nampak lesen, saya nampak bicep,” usik seorang wargamaya.
“Lepas ni boleh bawa papa naik kereta,” ujar seorang wargamaya.
“Bangga tu! Sis dulu dah penah dapat lesen, memang happy la. Tahniah,” kata seorang wargamaya.
“Tahniah, hati-hati memandu bro,” pesan seorang wargamaya.
“Okay boleh jadi driver family lepas ni,” komen seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19; Marissa Dania Hakim, 17; dan Danisha Hakim, 14.
Selepas itu, Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.
Must-Watch Video