,
Hiburan

"Pamer Pesona Kampung Dan Budaya Malaysia" - Muzik Video Terbaru Yuna, Forevermore Dipuji Tourism Malaysia

Hanafis Haris
09/04/2019
04:13 MYT
Jika anda sudah menonton video muzik terbaru penyanyi Yuna iaitu 'Forevermore' pastinya anda kagum dengan kualiti yang ditampilkan.
Padat dengan elemen budaya tempatan selain menampilkan sinematografi yang cantik. Malah ia begitu cantik sehingga mengingatkan kepada video promo pelancongan Malaysia.
Seperti yang dijangka, tidak sampai beberapa hari ia dilancarkan di YouTube, ia telah pun mendapat perhatian pihak pelancongan Malaysia sendiri.
Menerusi satu tweet, Tourism Malaysia menyatakan video klip Yuna mempamerkan pesona kampong lama dan juga kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Enjoy ?. #malaysiatrulyasia #thisismalaysia #cuticutimalaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 pic.twitter.com/de8M6oiWai— Malaysia Truly Asia (@TourismMalaysia) April 6, 2019 Yuna sebelum ini menjelaskan dia telah memilih Kuala Lumpur dan Perlis sebagai destinasi melakukan penggambaran muzik videonya.
Katanya, dia memilih negeri Perlis sebagai salah satu tempat untuk muzik videonya kerana pernah tinggal dan bersekolah di sana selama lima atau enam tahun.
"Saya habiskan tempoh bersekolah peringkat menengah di Perlis. Saya boleh katakan itu antara pengalaman terbaik dalam hidup saya,", katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.