,
Laman Utama

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat

Mya Amri
02/02/2023
09:45 MYT
Penyanyi Indonesia, Yura Yunita menyatakan rasa gembira dapat melakukan konsert di Malaysia selepas 10 tahun mencipta nama sebagai anak seni.
Menurut Yura, dia berasa teruja memandangkan Malaysia merupakan pertama konsert jelajahnya.
“Sebelum ini tidak berkesempatan untuk dipertemukan dengan masa yang paling sesuai dan saya tahu pastinya Tuhan akan memberikan waktu terbaik.
“Paling indah, Kuala Lumpur juga merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
“Jadi malam ini adalah waktunya, jadi kita bertemu malam ini. Insya-Allah, mudah-mudahan malam ini segalanya berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui Gempak.
Yura ditemui usai sidang media Pertunjukan Tutur Batin Live Concert bertempat di Zepp KL hari ini.
Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya, penyanyi berusia 31 tahun ini juga memberitahu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi seorang wanita dan juga isteri.
“Sejak album pertama sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya.
"Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang.
“Soalnya setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsinya melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan saya persembahkan kepada peminat saya di Malaysia,” jelasnya.
Terdahulu, Yura yang juga merupakan bekas peserta pertandingan realiti, The Voice ini juga terkenal melalui lagu-lagu ciptaannya yang cukup puitis antaranya Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia dan Tutur Batin
Yura juga merupakan rakan duet mendiang Glenn Fredly untuk lagu, Cinta Dan Rahasia.
Dibawakan oleh Renjana Idea, Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan berlangsung di Zepp KL malam ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.