Viral
Pakaian Seragam Baru Ground Staff MAS Dipuji Netizen - “Cantik! No More Kain Terbelah, Senang Bergerak”
Pakai seragam baharu yang diperkenalkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG) untuk kakitangan barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS) baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Masih lagi mengetengahkan konsep kemodenan dalam reka bentuknya dan pada masa yang sama mengekalkan sanjungan terhadap akar umbi budaya Malaysia dengan bermotifkan songket, pakaian seragam itu ternyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia.
Meninjau di platform media sosial, rata-rata netizen memberikan komen positif selain memuji pakaian seragam itu yang dilihat memudahkan kakitangan ADS untuk bekerja dan bergerak dengan bebas.
Antara komen yang diterima adalah:Cantikkk la new uniform ground staff MAS, no more kain terbelah, nampak kemas gituu pic.twitter.com/JqZQBnADXg— scha in her this is me trying era ?? (@totallyfreaks) January 14, 2024
“Ground staffs ni ramai yang bertudung so better lah baju macam ni. Senang nak bergerak juga pakai seluar,”
“Saya dah nampak dekat airport, Ya Allah cantik sangat! Nampak lagi elegan,”
“Weh seluar! Senang dah nak buat kerja,”
Untuk info, pelancaran pakaian seragam itu disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Sebagai tambahan kepada pakaian seragam baharu itu, MAG juga memperkenalkan beg tangan serta clutch kakitangan pertama yang digunakan semula daripada pakaian seragam kebaya terdahulu.
Must-Watch Video