,
Viral

Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Ke Paris 2024 Dilancarkan! Netizen Bagi Reaksi Positif – “Baju Cantik!"

Gempak
09/07/2024
09:27 MYT
Berbaki lima puluh hari lagi menjelang temasya sukan Paralimpik Paris 2024, Malaysia hari ini telah melancarkan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik ke temasya sukan penuh gemilang itu.
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) tampil dengan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara dengan rekaan baju yang berbeza dengan kontinjen Olimpik.
Menerusi sebuah perkongsian di platform X, kontinjen Paralimpik negara mengenakan pakaian rasmi berwarna putih dan jalur bermotifkan belang pelbagai warna.
Sasaran Sukan Paralimpik, 4 pingat emas.@ASTROARENA pic.twitter.com/RTmGA0o3km— karlnunis (@_karlnunis) July 9, 2024 Rekaan pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara itu mempunyai warna putih, merah, biru dan kuning seperti warna jalur gemilang.
Tampil dengan imej lebih segar, rekaan pakaian rasmi pada edisi kali ini ternyata mendapat reaksi positif orang ramai.
“Baju cantik! Mesti lah nanti ada pingat emas kan dipungut,” tulis seorang warganet.
“Nampak baju ni lebih sejuk berbanding...” komen netizen.
“Baju paralimpik lagi lawa dari baju olimpik,” ciap netizen lain.
Fresh from the oven, we're excited to unveil our Official Leisure Outfit for the Paris 2024 Paralympic Games.
Get ready to stand out and show your support in style! pic.twitter.com/gl8sYvcPYT— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) July 9, 2024 Terdahulu, orang ramai meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila rekaan pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara dikatakan sedikit terbelakang dan tidak semegah berbanding temasya sebelum ini.
Untuk info, Sukan Paralimpik dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024.
Majlis Paralimpik Malaysia juga menaruh harapan penuh apabila menyasarkan empat pingat emas.

BERITA TRENDING: Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang

BERITA TRENDING: Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin

BERITA TRENDING: Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.