,
Sukan

"Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

Awani
25/06/2024
04:50 MYT
Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Bergantung bajet

Beliau berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

"Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

"Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

BERITA TRENDING: Sukan SEA 2027: "Anggaran Kasar RM700 Juta" - Hannah Yeoh

BERITA TRENDING: Hannah Yeoh Tegur Pakaian Joe Flizzow - "Dia Selalu Pakai Seluar Baggy, Baju Tak Tuck In"

Pada Ahad, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Bagaimanapun rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.
Mengulas lanjut Mohd Nazifuddin berkata rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan berhubung reaksi yang diterima mengenai pakaian berkenaan.
"Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza, pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan," katanya.

BERITA TRENDING: Hannah Yeoh Approved! Jom Tonton Tayangan Perdana Gemencheh Boys Sebelum Ke Panggung!

BERITA TRENDING: Battleground Malaysia: Road To Gold Dapat Sambutan Hangat! YB Hannah Yeoh Kagumi Bakat Hebat Para Penari

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi ciapan di X menjelaskan pakaian rasmi terbaharu kontinjen negara yang dilancarkan pada Ahad adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN," katanya. Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).