,
Laman Utama

Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek, Pekerja Restoran Cina Muslim Sekali Lagi Diserang Warganet

Gempak
13/12/2023
13:55 MYT
Jika sebelum ini tular tentang seorang pekerja Restoran Cina Muslim dipecat kerana memakai salib, kali ini netizen sekali lagi menyerang kedai tersebut kerana stafnya yang memakai songkok tetapi berseluar pendek.
Disebabkan penularan video berkenaan, seorang pengguna di Platform X meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang taksub mencari kesalahan orang lain.

BERITA TRENDING: Dipecat Sebab Pakai Salib, Netizen Bengang Dengan Si ‘Kaki Viral’ - “Takkan Orang Bukan Islam Tak Boleh Kerja…

“Aku tak faham orang yang suka memviralkan ni. Ini muslim dari China, kedai pun halal, tak pasal-pasal macam kes mamat kena pecat hanya kerana pakai lambang salib. Korang memang tak ada kerja lain ke nak buat,” tulisnya. Menjengah ke ruangan balas entri, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh individu itu.
“Dah tak nak makan situ gerak je lah, sibuk nak viral-viral kan,”
“Ni lah sebab Malaysia tak maju, mindset semua nak rakam nak jatuhkan sesama sendiri.”
Dalam pada itu, ada juga sesetengah pihak merasakan bahawa cara penyediaan makanan di restoran itu tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
“Apa tu pakai songkok dengan seluar pendek? Memang salah lah kan, korang pun tahu,”
“Cara penyediaan makanan salah! Mana boleh pakai seluar pendek!”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat 200,000 tontonan dan lebih 600 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.