Pak Azad Menangis Tengok Episod Akhir Andai Tiada Dia, Natizen Komen - "Hati Tisu Juga Rupanya Ya"
Meskipun telah melabuhkan tirainya, kehangatan Drama Andai Tiada Dia masih dirasai apabila berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton termasuklah pelakon dan penyampai radio ERA, Azad Jasmin.
Pak Azad menangis
Menerusi perkongsian video di akaun @era.je, dapat dilihat momen Azad atau lebih dikenali sebagai Pak Azad menangis sewaktu menonton episod akhir drama tersebut malam tadi.
“Pak Azad awak menangis ya,” ujar isterinya, Syazira sambil ketawa.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibut melihat reaksi Pak Azad.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama sewaktu menonton episod terakhir drama tersebut.
“Lembut juga hati Pak Azad rupanya.
“Hahahaha Pak Azad hati tisu juga.
“Saya pun nangis juga tengok episod akhir ni,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran 'Fatah' Undang Tawa, Peminat Teka Bakal Ada Musim Kedua Andai Tiada Dia?
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim Hargai Peluang Jadi ‘Perencah’ Dalam Andai Tiada Dia - “Terima Kasih Falah”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Syukur Andai Tiada Dia Terima Sambutan Luar Biasa - “Saya Tidak Rasa Langsung Nak Menyeksa….”
ARTIKEL BERKAITAN: “Habis Stok Tisu Di Rumah” - Ramai Menangis Tengok Andai Tiada Dia, Suami Ummi Nazeera Siap Share Tips Hilangkan Bengkak Mata
Untuk info, drama adaptasi daripada novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak.
Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim.
Saksikan Andai Tiada Dia setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104).
Anda juga boleh tonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan
Sinopsis Andai Tiada Dia
'Andai Tiada Dia' mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.