,
Laman Utama

Paing Takhon Yang Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia Kini Meringkuk Dalam Penjara

Izwan Isa
30/12/2021
08:50 MYT
Saban tahun, pasti ramai yang ternanti-nanti senarai wajah lelaki terkacak di dunia menurut senarai yang dikelolakan oleh TC Candler.
Untuk tahun 2021, laman web pengkritik filem itu menamakan model dan pelakon dari Myanmar, Paing Takhon sebagai lelaki paling kacak di dunia.
Nama Paing sohor kini di media sosial pada Januari selepas dia memuat naik gambarnya berkepala botak, lengkap berpakaian sami.
Namun, gelaran tersebut mungkin tidak menggembirakan hati Paing apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun baru-baru ini kerana menyokong bantahan pro-demokrasi di Myanmar.
Menurut Paing, dia berasa kecewa dengan hukuman yang diterima dan mempertimbangkan untuk membuat rayuan.
Berbalik pada carta TC Candler, pelakon Chris Hemsworth yang popular dengan watak Thor diletakkan di tangga kedua manakala anggota kumpulan BTS, V, selesa di tangga ketiga.
Pelakon Timothee Chalamet mengikut rapat di tangga keempat manakala Jungkook, seorang lagi ahli kumpulan BTS menerima tempat kelima dalam senarai wajah paling kacak berkenaan.
Aktor yang sinonim dengan watak Superman, Henry Cavill di tangga keenam, Jason Mamoa yang memegang watak Aquaman di tangga ke-10 dan dua lagi anggota kumpulan BTS, Jimin dan Jin masing-masing di tangga ke 14 dan 35.
TC Candler, laman web pengkritik filem telah mengelolakan rangkuman senarai individu dengan wajah cantik dan kacak sejak tahun 1990.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Kacak Dari Brunei, Rizal Rasid Tampil Dengan Lagu Rancak, Cerita Tentang Tarikh Luput Dalam Relationship

gempak
10/08/2024
15:00 MYT
Baru sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.
Berita

Dua Anggota Polis Didakwa Peras Ugut Seorang Lelaki Myanmar

gempak
03/08/2024
00:55 MYT
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar, lima hari lepas.
Berita

Dijanji Gaji RM15K Sebulan Di Taiwan, Lelaki Ini ‘Dilarikan’ Sindiket Pemerdagangan Manusia Ke Myanmar - “Masih Ada 7 Warga Malaysia…”

gempak
18/07/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki mengimbau pengalaman dikurung dalam bilik hitam selama tiga hari tanpa makan dan minum selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar lima bulan lalu.
Viral

Macam Dalam Filem, Pesakit Tumor Maut Ditembak Atas Katil Hospital

gempak
08/06/2024
06:00 MYT
Seorang pesakit lelaki yang dimasukkan ke hospital selepas didiagnos memiliki tumor atau ketumbuhan menemui ajal bukan kerana penyakit tersebut.
Viral

Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”

gempak
27/02/2024
23:55 MYT
Wah bestnya!