,
Laman Utama

"Pahit, Bertambah Lemah!" - Tya Arifin Sedih, Netizen Komen Jelik Jamu Keluarannya

Amri Hassan
16/07/2022
03:47 MYT
"Mengarut je (saja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit."
Itu komen pengguna di aplikasi TikTok menerusi hantaran video dimuat naik pelakon dan usahawan Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga selepas bersalin anak kedua.
Menerusi video itu, Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkongsi semua itu berkat amalan turun temurun dengan mengamalkan meminum jamu termasuk produk diusahakan iaitu jamu Mutyara.
Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.
"Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa.
"Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah.
"Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan di TikTok dan Instagram.
"Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak.
"Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita.
"Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamj dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi," katanya.
Dalam masa sama, Tya mengakui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.
"Saya sedih baca komen itu yang mempertikaikan dan cakap jamu Mutyara tak bagus. Kadang mereka yang komen tu, mereka tak minum pun jamu Mutyara. Seperti yang semua tahu, jamu ini dibuat bukan suka-suka, tapi sebab pengalaman saya sendiri.
"Saya buat Mutyara untuk wanita, sebab macam saya, saya seorang isteri nak urus anak, selebriti dan menguruskan banyak perkara.
"Sama juga macam wanita lain yang sebenarnya ramai tak tahu tanggungjawab wanita sangat besar, nak kena bangun awal, tidur lambat, uruskan anak, uruskan pekerjaan, bisnes, semua ini perlukan tenaga fizikal dan emosi.
"Bagi saya ini adalah sesuatu yang saya perlu berikan dan sokong wanita. Wanita ini selalu ada masalah penat, lelah, letih dan lesu. Jadi kita sangat perlukan tenaga, jika tak ada macam mana nak uruskan semua komitmen dalam kehidupan seharian kita? Adakah saya salah buat semua ini? Adakah salah nak bantu wanita dapat tenaga lebih?
"Ini lah sebenarnya perjuangan saya. Saya sedih kalau masih ada orang yang bersikap negatif dan tetap nak nampak perkara ini tak bagus. Mentaliti yang saling menjatuhkan," katanya.
Meninjau ke ruangan komen di TikTok, ramai yang turut berkongsi keberkesanan selepas mengamalkan Mutyara.
“@Missanisali:Alhamdulillah..dengan Mutyara ni banyak membantu sis memberi tenaga tambahan kepada mak 6 ni...tenaga dapat, sihat dan cantik pun dapat juga," kata seorang pengguna.
“@AzlinaAziz_11:Macam saya sendiri kalau dulu badan asik sejuk2 je.. minum jamu Mutyara ni terus badan kluar berpeluh..yg paling best bertenaga sgt,” kata seorang lagi pengguna.
@tyaarifinnw Badan mestilah kena jaga kan mesti dah ada anak ? @mutyarabeauty_hq #kebayamuat #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp #sedap ♬ Selendang Mak Inang - Allahyarham Hamzah Dolmat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

Dua Lipa Batal Konsert Di Jakarta Kerana Pentas, Netizen Komen - “Macam Panggung Dangdut”

gempak
09/11/2024
13:55 MYT
Dua Lipa membuat pengumuman mengejutkan kurang 24 jam sebelum konsert yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia, dibatalkan.
Hiburan

Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

gempak
08/11/2024
21:55 MYT
Pengakuan Jefri Nichol mengenai dirinya pernah tidur dengan wanita-wanita yang menjadi kekasihnya menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Viral

Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

gempak
08/11/2024
20:45 MYT
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Unitar