,
Laman Utama

Padam Video Lamaran, Mas Khan Sudah Putus Dengan Diana Nasimuddin? - “Jika Seseorang Itu Serius Untuk Berada Dalam Hidup Anda..”

Azwa Rahman
17/03/2022
09:13 MYT
Pelakon Mas Khan mengundang tanda tanya wargamaya apabila berkongsi luahan hati yang menunjukkan seolah-olah dia sedang berdepan kekecewaan.
Menerusi laman sosial Instagram, Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, berkongsi luahan tersebut di ruangan kapsyen.
“Jika seseorang itu serius untuk berada dalam hidup anda, orang itu akan berusaha untuk melakukannya. Tiada alasan.
“Saya memencilkan diri saya, saya tiada motivasi diri, saya fikir tentang segala perkara negatif yang boleh berlaku.
“Saya beri kesakitan pada diri saya, fikir yang saya layak untuk perolehinya.
“Saya tak pasti kenapa saya lakukan semua itu tapi itulah diri saya sekarang ini,” tulisnya.
Memerusi pemerhatian Gempak di IG milik Mas, dia sudah memadam banyak foto dan video melamar kekasih hati, ahli perniagaan, Diana Nasimuddin, 40 tahun.
Malah di Instagram milik Diana juga, banyak foto-foto bersama Mas juga sudah dipadam.
Namun kedua-duanya masih mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sementara itu di ruangan komen perkongsian tersebut, ramai wargamaya memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Mas yang seperti berada di dalam fasa kesedihan.
Stay strong Mas Khan. Selepas hujan ribut pasti ada pelangi. Jangan terlalu fokus pada masalah. Semoga yang baik-baik untuk you,” tulis seorang wargamaya.
“Bunga bukan sekuntum Mas. Relaks la, fokus pada target,” ujar seorang wargamaya.
“Eh tengkar lagi sama kak Diana? Sabar ya. Apa pun masalahnya semoga segera diatasi,” komen seorang wargamaya.
Allah is the best planner,” nasihat seorang wargamaya.
“Kau dah kenapa, bunyi kecewa je. Move on bro,” kata seorang wargamaya.
“Cuba move on, dia dah ada life dan awak masih muda dan ada banyak masa. Good luck,” ucap seorang wargamaya lagi.
Pada 12 Disember lalu, Mas berkongsi video kejutan melamar Diana beserta tanda pagar #roadtohalal.
BACA: #RoadToHalal, Mas Khan Kongsi Video Melamar Diana Nasimuddin, Romantis! - “Tak Sabar Wedding Of The Year”
Malah, Mas pernah memaklumkan Diana menepati kualiti seorang wanita yang dicarinya selama ini.
Sekadar info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Beri Makan Pada Anjing Jalanan, Sikap Murni Mas Khan Dipuji Netizen; “Harap Umat Islam Lain Ubah Perspektif…”

gempak
31/12/2022
01:00 MYT
Anjing pun makhluk Allah
Laman Utama

“Buat Pelakon Ini… Isu Solat Tak Boleh Dibuat Main Atau Tinggal Semudahnya” - PU Syed Tegur Mas Khan

gempak
22/11/2022
07:21 MYT
PU Syed tegur dengan niat yang baik.
Laman Utama

[VIDEO] Isu Bertatu & Bela Anjing, Ini Respon Mas Khan - “Korang Nak cakap Apa, Saya Tak Peduli”

gempak
16/11/2022
09:55 MYT
Ini jawapan Mas Khan...
Laman Utama

Mas Khan Mohon Orang Ramai Hentikan Spekulasi Punca Kematian Syazlin; “Saya Tahu Sebabnya, But Please…”

gempak
12/11/2022
08:00 MYT
Mas Khan tahu punca kematian Syazlin
Laman Utama

Mimpi Ditampar Lembaga Hitam Besar, Mas Khan Kerap Alami Gangguan Mistik; “Saya Tengok Leher Ada Darah Yang…”

gempak
28/09/2022
23:55 MYT
Mas Khan terkena gangguan sihir ke?