,
Laman Utama

Padam Nama Bekas Isteri Yang Meninggal Di IG, Ifan Seventeen & Kekasih Nikah Tahun Ini

Maliah Surip
24/01/2021
09:01 MYT
Ifan Seventeen memang tidak lagi menyembunyikan hubungan asmaranya bersama Citra Monica.
Biarpun dirinya sempat dituduh tak setia kerana sudah memiliki kekasih selepas dua tahun bekas isterinya, Dylan Sahara meninggal dunia dalam tragedi Tsunami, namun Ifan mantap meneruskan percintaannya dengan Citra.
Menerusi laporan media Indonesia, Ifan memberitahu akan menikah dengan kekasihnya itu pada tahun ini.
“Insya Allah mantap (menikah), mudah-mudahan pertengahan tahun ini,” kata Ifan.
Menurut Ifan, Citra yang merupakan rakan sekolahnya itu juga adalah sebab dirinya meneruskan kehidupan selepas kehilangan Dylan.
"Selepas kematian Dylan, saya sempat berasa kehilangan yang sangat mendalam. Waktu itu berasa no reason to life, namun adanya Citra semuanya telah berubah," katanya.
Atas niat menikah dan sudah move on juga membuatkan Ifan memadam biodata dan nama Dylan dalam akaun Instagramnya.
Dia mengaku berasa tak adil bagi Dylan maupun Citra jika tetap menulis nama mantan isterinya di bio.
"Saya padam sebab rasa tak adil buat Dylan dengan namanya ada di bio tetapi saya memuat naik gambar gambar bersama Citra. Begitu juga bagi pihak Citra, saya berasa tak adil," katanya.
Sebelum ini hubungan Ifan dan Citra sempat menjadi hangat kerana insiden vokalis itu 'ditangkap' di kediaman wanita tersebut pada tahun lalu.
Ifan adalah duda dengan satu anak sebelum menikah dengan bekas isterinya, Dylan. Citra juga janda satu anak yang kematian suami.
Instagram: @ifanseventeen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.