,
Laman Utama

“Pada Artis & Production Anti-vaksin Mereka Boleh Stay Home Forever” - Jinggo

Hanafis Haris
09/08/2021
12:46 MYT

Penerbit dan pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya tampil meluahkan pendiriannya terhadap golongan artis dan pasukan produksi yang dikatakan sebagai anti-vaksin.

Menurutnya, semua orang punya pendirian dan selalu mahu pendirian mereka dihormati.

“So hormati pendirian orang lain sebagaimana lu (kamu) mahu orang lain menghormati pendirian lu,” katanya.

Tambahnya, kepada artis atau produksi yang anti-vaksin, mereka boleh duduk rumah selamanya.

“Pada artis, production yang anti-vaksin, komer (kamu) boleh stay home forever. Pada yang dah vaksin lets go,” katanya.

Jinggo berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid.

Selain itu kelonggaran lain diberi termasuklah kebenaran merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.