Laman Utama
PA Founder Songlap RM400K, Kantoi Buat Kerja Kotor Lepas Minta Cerai…
Gara-gara duit diseleweng bekas pembantu peribadi, seorang usahawan dan juga pempengaruh kerugian sehingga RM400,000!
Usahawan itu berkata, kegiatan bekas pembantu peribadinya sejak 2001 itu akhirnya terbongkar selepas suami kepada bekas pembantunya itu bertanya tentang jumlah wang tunai yang isterinya miliki.
Tambahnya, dia tidak pernah menyangka yang bekas pembantu peribadinya yang turut pernah memegang jawatan sebagai pengurus syarikat tergamak melakukan hal tersebut kepadanya.
“Saya tak sangka dia akan ambil duit sebab sewaktu saya ambil dia kerja, dia memang susah dan terdesak nak bekerja.
“Saya sakit sampai tak boleh nak makan, jadi pembantu saya uruskan semua termasuk akaun TikTok.
“Namun, semua ini mula terbongkar selepas dia minta cerai dengan suaminya. Kemudian, suaminya datang berjumpa saya dan bertanya dari mana isteri dia dapat duit banyak.
full video ada kat tiktok, im BROKE !!! Aku hampir tutup company sebab aku da miskin. Aku jual kereta motor barang barang kemas aku boleh jual. Sebab tu aku buat promo, aku stop kan agent sebab aku susah nak mampus
Dia boleh shopping 20K plus plus last month.masa aku xde duit ? pic.twitter.com/Eyw4pJpRpc— Mommy PK (@puterikasim) October 18, 2023
“Kronologinya, dia minta cerai dan kontoi curang dan semuanya terungkai apabila saya mengambil semula telefon syarikat,” ujarnya.
Difahamkan, bekas pembantunya telah membelanjakan sebahagian wang yang disonglap untuk membeli kereta dan juga sebuah rumah. Dan ketika itu, syarikat tidak membuat sebarang keuntungan.
Menurut usahawan itu lagi, dia akan membuat laporan polis terhadap kejadian itu.
Must-Watch Video