,
Laman Utama

Owner Gerai Dedah Hidangan Yang Ekin Pesan, Bukan Setakat 2 Ekor Ikan Tapi…

Izwan Isa
05/10/2023
01:50 MYT
Susulan perkongsian rasa tidak puas hati isteri Mawi, Ekin Rahmat terhadap sebuah gerai menjual makanan laut yang dikunjungi bersama keluarga baru-baru ini, pemilik gerai berkenaan tampil memberi kenyataan.
Memperkenalkan dirinya sebagai pemilik Dol Mat Seafood, wanita tersebut memperincikan menu yang telah dipesan oleh Ekin untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap lauk yang dipesan selain dua ekor ikan.
“Assalammualaikum, Mak Cik owner gerai No. 14 Dol Mat Seafood. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.
“Pada 30 September, waktu petang mereka datang ke kedai Mak Cik dalam 20 orang termasuk kanak-kanak. Di sini Mak Cik ingin senaraikan makanan yang di makan,” katanya.
Nasi putih 4 hidang, 1 hidang untuk 5 orang makan (RM10) x 4 = RM40 Baby Kailan 3 hidang, 1 hidang untuk 3 orang makan (RM18) x 3 = RM54 Pari Bakar 3 hidang, 1.8 kilogram, RM9 setiap 100 gram = RM162 Siakap Tiga Rasa 2 ekor, 1 ekor RM48 x 2 = RM96 Siakap Stim bernilai RM48
Wanita itu turut membidas kenyataan Ekin yang hanya memesan dua ekor ikan sahaja.
“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total makan 6 hidang,” ujarnya.
Berikut merupakan sambungan menu yang dipesan oleh Ekin:
Udang Butter 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM14 = RM224 Sotong Tepung 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM144 Ketam Cili 1 hidang ada dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM135 Ketam Telur Masin 1 hidang dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 setiap = RM135 Telur dadar 5 hidang, 1 hidang 3 biji RM6 = RM30 Siput Gonggong satu pek RM30 Minuman dan otak-otak = RM162
Perincian harga membawa jumlah yang dibayar Ekin iaitu RM1,260.
Sebelum mengakhiri videonya, wanita tersebut berkata: “Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” tutupnya.
Sumber: Platform X
BACA: Sekali Makan Di Medan Selera, Ekin Dapat Bil RM1,260! - "Saya Tiada Niat Nak Jatuhkan Perniagaan Orang Tapi...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun, Mawi Kongsi Tips Keharmonian Dalam Rumah Tangga - “Suami & Isteri Perlu…”

gempak
30/04/2023
13:55 MYT
Semoga rumah tangga Mawi kekal bahagia.
Laman Utama

"13 Tahun Dah Kami Bersama" - Mawi Nafi Rumah Tangga Bergolak Hanya Disebabkan...

gempak
16/02/2022
02:59 MYT
Eh jangan macam-macam netizen!
Laman Utama

"Ramai Tanya Gaduh Ker, Cerai Ker Dengan Mawi Sebab Tak Nampak Kat ..." - Ekin Alami Mental Breakdown, Anak Pula Positif COVID-19

gempak
22/01/2022
02:55 MYT
Allahu...
Laman Utama

Tak Dapat Beraya & Lakukan Marhaban Rumah Ke Rumah, Mawi Reda!

gempak
20/05/2021
01:20 MYT
Doakan yang terbaik
Hiburan

Mawi Terharu Isteri Beri Hadiah, “Dulu Ramai Kata Dia Akan Kikis Duit Aku”

gempak
23/06/2020
02:06 MYT