,
Hiburan

Overwork Dan Tidur Lambat Punca Godfrey Gao Mati Mengejut

Mya Amri
28/11/2019
10:13 MYT
Semalam, dunia telah dikejutkan dengan berita pelakon Taiwan-Canada Godfrey Gao yang meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran program realiti televisyen, Chase Me di China Timur awal pagi Rabu.
Kejadian tersebut berlaku ketika aktor itu sedang berlari sebelum berhenti separuh jalan dan menjerit ‘saya tak boleh lakukannya”.
Sebaik sahaja melaungkan ayat tersebut, aktor itu terus rebah dan tidak sedarkan diri.
Pada mulanya warga kerja program tersebut menyangka situasi itu adalah sebahagian daripada penggambaran namun tidak lama selepas itu mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan mengarahkan pasukan medik bergegas ke tempat kejadian.
Ada laporan mengatakan jantung pelakon itu telah berhenti namun kembali berdegup beberapa minit kemudian dan dikejarkan ke hospital. Namun usaha untuk menyelamatkan Godfrey gagal selepas tiga jam.
Godfrey disifatkan sebagai seorang yang sering menitik beratkan tentang penjagaan kesihatan selain menyukai aktiviti kecergasan seperti sukan.
BACA: Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Meninggal Dunia
Bagaimanapun pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Nasional Taiwan, Fang Cheng-Chung, membuat berpendapat bahawa kematian mengejut yang dialami oleh Godfrey berkemungkinan disebabkan oleh kerja keras dan tidur lambat.
Cheng-Chung mengatakan kerja keras dan tidur yang lambat boleh menyebabkan banyak tekanan kepada badan dan membawa kepada peningkatan hormon tekanan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi serta gangguan pada jantung.
Faktor itu kemudiannya ditambah pula dengan kekurangan tidur sepanjang tempoh beberapa minggu atau bulan boleh menyebabkan berlakunya gangguan pada kardiovaskular walaupun sering melakukan senaman atau diet seimbang.
Terdahulu, pelakon kelahiran Taipei, Taiwan ini mempunyai ibu yang berasal daripada Malaysia dan bapa berasal Taiwan.
Pelakon kacak itu juga banyak menghabiskan masa kecilnya di Vancouver, British Columbia, sebelum kembali ke Taiwan pada tahun 2004 untuk bekerja sebagai model dan pelakon.
Sumber: World of Buzz, Oriental Daily, BBC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar