,
Laman Utama

‘Orang Minyak Bogel’ Pecah Rumah, Larikan Wang Tunai Cetus Kerisauan Netizen

Izwan Isa
09/04/2022
11:50 MYT
Netizen melahirkan rasa risau selepas rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berbogel kelihatan berkeliaran di sekitar kawasan perumahan viral di media sosial.
Difahamkan, lelaki yang digelar ‘orang minyak’ itu memecah masuk kawasan kediaman berdekatan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.
Difahamkan, lelaki berkenaan merayau dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum melakukan aktiviti pecah rumah.
Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa sedang giat melakukan buruan terhadap lelaki berkenaan.
“Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3.30 pagi di sebuah rumah di Seksyen 20 ketika mangsa seorang wanita sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.
Jelas Iqbal, mangsa tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai mata mangsa yang sedang tidur menyebabkan mangsa terjaga dan sedar akan kehadiran suspek.
"Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah tersebut.
"Suami mangsa yang tersedar bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada isterinya, namun mendapati suspek sudah tiada. Mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan dilarikan suspek," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohd Iqbal, pihaknya juga mengesan satu video yang tular memaparkan suspek yang memakai pelitup muka dan berbogel berkeliaran di kawasan perumahan Seksyen 19.
Katanya, usaha untuk memburu suspek giat dijalankan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafarulrazi di talian 010-8889910 atau 03-55202222," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap

gempak
04/09/2024
16:50 MYT
Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, akhirnya buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap.
Berita

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

gempak
03/09/2024
05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.
Viral

Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

gempak
29/07/2024
13:55 MYT
Jenayah rompakan semestinya antara salah satu jenayah yang paling banyak diadaptasikan untuk dijadikan filem dan drama.