,
Hiburan

"Orang Luar Salah Tafsir Dengan Emoji Hati" - Nabila Rasa Bersalah Video Neelofa & Pu Riz Jadi Viral

Zulaikha Yusof
01/10/2020
23:20 MYT
Kakak kepada pengacara dan usahawan Neelofa iaitu Noor Nabila tampil menjelaskan situasi sebenar selepas memuat naik video di Instagram Story memaparkan PU Riz sedang bersembang dengan bekas hos MeleTop disertai emoji hati.
Rakaman video itu ketika Nabila dan keluarga meraikan majlis perkahwinan Aqief, baru-baru ini.
Jelas Nabila, emoji yang digunakan itu telah disalah erti oleh ramai pihak dan perkara itu membuatkan dia berasa bersalah kerana rakaman itu datang dari akaun miliknya.
"Emoji cinta yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya.
"Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula.. Nak padam pun benda dah tular.
"Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu.
"Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa. Semua tetamu iaitu keluarga dan kawan mengenakan baju berwarna biru kecuali dulang boys!" katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, semalam.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui dia tidak kisah siapa lelaki yang akan menjadi pilihan hati adiknya.
"Tak kisah la sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu.
"Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.
"Kami pun senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya," katanya lagi.
Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu yang sedang dikaitkan dengan anaknya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau boleh, saya tak mahu cakap atau sentuh perihal jodoh anak saya," kata wanita berumur 54 tahun itu.
Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.
Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.
BACA: Muncul Pakai Sedondon Dengan Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi Netizen
BACA: Mohon Hormat Pendiriannya, Neelofa Nafi Bercinta Dengan PU
Kredit Foto: Naelofar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.