,
Hiburan

"Orang Gelar Ratu Soundtrack? Tak Kisah Asalkan..." - Adira Muncul Single Terbaru Berjudul Maaf!

Hanafis Haris
13/02/2020
08:50 MYT
Digelar sebagai 'ratu soundtrack', penyanyi Adira muncul kembali dengan runut bunyi terbaru berjudul Maaf.
Ciptaan sepenuhnya Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, Maaf dipilih sebagai lagu tema drama bersiri terbaru berjudul Maaf Tak Indah mulai 12 Februari ini.
Drama tersebut dibintangi pelakon hebat seperti Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies dan Fizo Omar.
Menurut Adira, sejak pembabitannya dalam dunia nyanyian hampir sedekad yang lalu, lebih daripada 10 buah lagu runut bunyi pernah dinyanyikannya.
Biarpun diberi gelaran ‘ratu soundtrack’, namun ibu kepada tiga orang cahaya mata tidak berkecil hati sebaliknya menganggap kepercayaan diberikan itu sebagai rezeki.
“Saya tak kisah pun dipanggil 'ratu soundtrack kerana ia sebenarnya satu peluang dan rezeki.
"Bukan mudah sebenarnya seseorang penyanyi dipilih menyanyikan lagu runut bunyi yang akan dimainkan berulang kali di kaca televisyen," katanya.
Tambahnya, kekuatan Maaf terletak kepada lirik dan dan lagunya yang sangat berkaitan dengan jalan cerita dalam novel.
"Terus terang sekiranya saya diberi peluang untuk menyanyikan lagu soundtrack lagi, saya tidak kisah asalkan nama saya terus kekal relevan dalam industri apatah lagi dengan kehadiran ramai penyanyi BBNU,” katanya.
Adira berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Untuk rekod, Maaf adalah single solo kedua penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu bersama Nova Music selepas Pujaan Hati menjadi lagu runut bunyi drama Pujaan Hati Kanda yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Mira Filzah.
Selain itu, Adira juga muncul menerusi Takdir Tercipta duet bersama Hafiz Suip juga terbitan serta edaran Nova Music tahun lalu.
Lagu berkenaan juga dipilih sebagai lagu tema drama Lelaki Mu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Hiburan

Mahu Kerjaya Kiki Fateha Berterusan Dalam Industri Muzik, Aepul Roza Bakal Hadiahkan Lagu Duet - “Saya Mahu Hubungan Bersama Kiki Akan…”

gempak
10/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu duet bersama juara The Chosen One 2024 iaitu Kiki Fateha.
Unitar