BIG STAGE S2 BM
“Oppa, Saranghae”- Comelnya Reaksi Han Byul Bila Sarah Suhairi Cakap Korea
Bintang Big Stage 2019, Jang Han-Byul terpana apabila penyanyi Sarah Suhairi mengusiknya dengan berbicara dalam Bahasa Korea.
Han-Byul memuat naik video yang merakamkan gelagat Sarah itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Lebih comel lagi apabila Sarah menyebut perkataan popular “Oppa, saranghae” yang membawa maksud “Abang, saya cinta awak” kepada Han Byul.
Bagaimanapun reaksi Han-Byul yang tersenyum sambil tergelak sebelum berpura-pura pengsan membuatkan peminat terhibur.
“@the_wanadriana sweet la Sarah Suhairi ni. Dia kenakan balik prank tu ke Han-Byul,” tulis @nrnjiehah
“Hahahhaaa Han-Byul kena troll balik dengan Sarah,” komen @peekaangelica
Han-Byul bakal berduet bersama Sarah dengan lagu berjudul Just Give Me A Reason untuk konsert Big Stage pada Ahad ini
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Must-Watch Video