,
Sukan

One Championship: Beri Tentangan Sengit Pada Juara 5 Kali Vietnam, Jojo Ghazali Tewas Menerusi Keputusan Pengadil

Gempak
08/06/2024
01:24 MYT
Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, terpaksa akur dengan kekalahan menerusi keputusan pengadil dalam pertarungan yang berlangsung sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk Form 5 Tak Sampai 3 Bulan, Sering Tidur, Jojo Ghazali Puas Hati Dengan Keputusan SPM - “Shocking Jugalah…”

Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Berdepan perbezaan jurang usia yang hampir 17 tahun, ia ternyata tidak mematahkan semangat Jojo berdepan petinju Muay Thai berpengalaman itu.

Pusingan pertama menyaksikan Jojo memberikan tekanan tanpa henti, melakukan serangan demi serangan.

Serangan Demi Serangan

Jojo mengajak lawan bertempur di pusingan kedua, dengan skrip sama ditampilkan, mengasak Nguyen dalam usaha untuk menghasilkan serangan demi serangan.
Di sebalik serangan ke arah kaki kiri Jojo oleh Nguyen, petinju Muay Thai negara itu tetap menampilkan corak serangan positif sehingga tamat perlawanan.
Selepas tiga pusingan berakhir, keputusan pengadil memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia yang menonton pelawanan tersebut secara langsung di Facebook tetap memberi semangat dan sokongan padu kepada Jojo.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Disifatkan Fenomena, Dinobat Breakout Star of The Year oleh ONE Championship
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakWrapped2023: Gemilang Dunia Sukan, Tumbukan 36 Saat Jojo, Rekod Legosam, Sensasi Pecut Qabil Irfan, Cemerlang Regu Aaron Chia &…

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!

Sumber - Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Sukan

"Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

gempak
08/06/2024
09:30 MYT
Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar melaungkan amaran akan bangkit lebih kuat selepas tewas kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Sabtu.