,
Laman Utama

#OhAbeNik: Sushmita Sen Baru Break Up, Ini Senarai Heroin BTown Yang Masih Belum Berkahwin!

Amri Hassan
25/12/2021
14:50 MYT
Susahkan sebenarnya nak mencari soulmate dan true love? Sama seperti insan biasa, tak semua hidup selebriti popular dan kaya sudah berpunya.
Ada yang memilih untuk kekal solo dan tidak punyai sebarang ikatan termasuk perkahwinan. Ada banyak sebab juga kenapa pilihan itu diambil.
Terbaharu, bekas ratu cantik Sushmita Sen pun antara individu yang baru putus cinta dengan kekasihnya, model kacak Rohman Shawl.
Jom, Abe Nik kongsikan beberapa artis wanita popular Bollywood yang belum lagi berkahwin.
#1 Sushmita Sen
Baru saja berpisah dengan teman lelakinya, Rohman Shawl. Sebelum Rohman, 31, Sushmita, 46, pernah bercinta dengan beberapa lelaki namun semuanya gagal.
"Peace is beautiful," demikian coretan hati Sushmita selepas mengesahkan telah berpisah dengan Rohman selepas tiga tahun bersama.
Kata Sushmita, mereka bermula sebagai sahabat dan akan selamanya kekal bersahabat!
Bekas Miss Universe itu juga merupakan single parent, Sushmita mengambil dua anak angkat, Renee pada 2000 dan Alisah pada 2010.
Antara yang pernah bercinta dengan Sushmita adalah Ritik Bhasin (4 tahun), Bunty Sachdeva, co-founder Hotmail, Sabeer Bhatia, pemilik hotel, Sanjay Narang dan pengarah filem Vikram Bhatt.
Turut terkait dengan Sushmita ialah atlet kriket Pakistan, Wasim Akram, usahawan Imtiaz Khatri, sutradara Manav Menon, Mudassar Aziz dan pelakon Randeep Honda.
#2 Shamita Shetty
Kakak kepada Shilpa Shetty ini pernah dikaitkan dengan Uday Chopra, Harman Baweja dan beberapa selebriti lelaki lain. Ketika penggambaran Bigg Boss OTT, Shamita, 42, bercinta dengan Raqesh Bapat dan mereka dilaporkan masih lagi bersama.
#3 Ameesha Patel
Ameesha, 45, pernah berpacaran dengan beberapa pelakon lelaki namun kembali 'happily single' sekarang ni!
Untuk rekod, selepas filem Aap Mujhe Achche Lagne Lage, Ameesha pernah bercinta dengan pengarah filem Vikram Bhatt dan tinggal bersama selama 5 tahun namun berpisah pada 2008.
Selain itu, Ameesha pernah bercinta dengan usahawan Kanav Puri dan selepas solo selama 7 tahun aktres itu dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon kacak Ranbir Kapoor selama tempoh setahun.
#4 Tabu
Berusia 51 tahun, Tabu belum lagi berkahwin dan tidak bercinta dengan sesiapa sekarang ni.
Pada awal karier, Tabu pernah bercinta dengan pelakon Sanjay Kapoor selepas membintangi filem Prem bersama-sama. Namun, belum sempat filem itu habis penggambaran mereka telah berpisah.
Selain itu, Tabu pernah dikaitkan dengan suami kepada rakan baiknya yang juga seorang pengarah dan produser, Sajid Nadiadwala. Hubungan mereka tidak menjadi disebabkan Sajid masih sukar untuk melupakan mendiang isterinya.
Tabu kemudiannya beralih kepada pelakon Akkineni Nagarjuna yang sebenarnya sudah berkahwin ketika bersama dengan Tabu. 10 tahun bersama, Tabu sedar lelaki berkenaan tidak akan meninggalkan isteri pertamanya. Mereka akhirnya berpisah!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.