,
Laman Utama

#OhAbeNik: Pernah Bergelar Tukang Gunting & ..., Semak 10 Fakta Menarik Yusuf Bahrin, Belahan Jiwa Zizi Kirana?

Amri Hassan
18/09/2021
14:50 MYT
Kacak dan menikam kalbu! Itu tafsiran paling jelas menggambarkan pesona pelakon kelahiran Shah Alam, Yusuf Bahrin.
Berusia 29 tahun, Yusuf mula mencuri hati ramai peminat tempatan apabila muncul menghiasa beberapa drama sekitar dua tahun lalu.
Aura yang menarik, berkarisma dan punyai pakej fizikal yang menawan, siapa saja tak berkenankan anak teruna seorang ni?
Sejak semalam, ada pula ura-ura khabarnya Yusuf bakal menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi cantik manis, Zizi Kirana. Betul atau tidak, hanya empunya diri ada jawapannya.
Tapi, sementara itu, apa kata kita jenguk personaliti, keperibadian dan kisahnya sepanjang bergelar anak seni.
#1 Anak pertama kepada pasangan Bahrin Tahir dan Hanita Ajis. Yusuf dilahirkan pada 8 Jun 1992 di Shah Alam dan mempunyai dua adik lelaki dan seorang adik perempuan.
#2 Memulakan kerjaya seni lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, dan Satukan Rasa.
Namun namanya meledak menerusi watak sebagai Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah begitu juga watak Rahman dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
#3 Sering dikaitkan dengan Aeril Zafrel memandangkan punyai 'air muka' seiras.
Komen Yusuf; "Itu akan jadi satu cabaran pada saya untuk membentuk imej berlainan."
BACA: Dibandingkan Dengan Aeril Zafrel, Ini Respon Yusuf Bahrin
BACA: Tuah Suara 'Jantan', Yusuf Bahrin Tak Sangka Boleh Bergelar Pelakon
#4 Yusuf pernah mempunyai perniagaan sendiri iaitu barbershop di Melaka selama dua tahun, pada masa sama digelar jururunding kewangan separuh masa.
"Saya bermula sebagai tukang gunting rambut dan kini memiliki kedai sendiri bersama seorang rakan kongsi di Melaka," ujarnya.
#5 Mengidolakan Faizal Hussein sebagai hero kegemaran. Katanya Faizal punyai aura sebagai Hero Malaya, pelakon berkarisma dan versatil!
#6 Malang tidak berbau, Yusuf dan adik-adiknya dijangkiti virus maut COVID-19 pada Ogos lalu.
BACA: "Doakan Saya & Adik-Adik..." - Yusuf Bahrin Positif COVID-19
#7 Pernah tercalon dalam kategori Artis Kacak Tergempak 2020 dalam anugerah digital Gempak Most Wanted 2020!
#8 Turut menjadi juri rancangan hiburan popular All Together Now Malaysia yang ditayangkan setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Dari program ini juga Yusuf dan Zizi Kirana mulai rapat. Eh?
#9 Perubahan imej Yusuf sejak kebelakangan ini selepas menyertai tabligh turut mencuri perhatian ramai.
#10 Serentak dengan penghijrahannya, hubungan istimewanya dengan penyanyi Zizi Kirana turut menjadi buah mulut ramai hingga ada yang berspekulasi mereka bakal mendirikan rumah tangga.
Kata Yusuf kepada media, dirinya tertarik apabila mendengar suara Zizi mengalunkan lagu Selawat Purnama.
BACA: "Saya Kat Rumah Ibu Ni Sayang..." - Terkantoi, Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Ada Apa-Apa Ker?
BACA: Dikhabarkan Kahwin Yusuf Bahrin Dalam Masa Terdekat, Zizi Kirana; "Tawakkal Kepada Allah"
BACA: Ditanya Kebenaran Bakal Nikahi Zizi Kirana, Ini Respon Ringkas Yusuf Bahrin
Apapun, Abe Nik doakan yang terbaik buat Yusuf dan Zizi andai benar khabar angin yang sedang kecoh bertiup sehari dua ini. Moga terus suksed dan bahagia bersama!
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.
Foto: Instagram Zizi Kirana, Yusuf Bahrin, GLAM Lelaki
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Foto Akad Nikah Dengan Hazwani Helmi, Peminat Hampir Percaya Hariz Hamdan Kahwin - “Bukan Nak Raih Perhatian Tapi…”

gempak
21/09/2024
00:55 MYT
Perkongsian beberapa keping foto memperlihatkan pelakon Hariz Hamdan seperti melangsungkan acara akad nikah dengan akres Hazwani Helmi di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.