,
Laman Utama

#OhAbeNik: [FOTO] 10 Fakta Menarik PA Baru Vida Bergaji RM10,000 Sebulan, TikTok Famous Yang Dipesan Jangan Jadi Macam Iqbal

Amri Hassan
25/02/2022
08:55 MYT
Selepas lebih dua bulan mencari pembantu peribadi (PA) baharu, usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida akhirnya memperkenalkan Abang Qu kepada umum!
BACA: Vida Perkenal PA Baharu, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"
Menerusi Instagramnya, Vida menyifatkan Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar seorang yang pemalu, bertentangan dengan personanya yang meriah dan havoc.
Meneliti ruangan komen di akaun rasmi Qushayry, ramai dalam kalangan netizen yang menitipkan pesan agar pandai menjaga diri dan jangan biarkan kisah Vida dan bekas PA, Iqbal Zulkefli berulang lagi.
"Jangan jadi macam Iqbal tau. Kerja be profesional. Walau nanti Vida pancing pakai harta benda. Good luck," tulis salah seorang pengguna.
"Bro, ko jangan buat drama macam bekas PA dia, bila kena pecat habis semua dia ungkit. Jenis lapar perhatian dan nak marketing diri cara bodoh dan memalukan," tambah pengguna lain pula.
"Jangan ada kontroversi macam abang Bal lak yer," pesan pengguna lain.
Untuk itu, kita kongsikan serba sedikit identiti Abang Qu yang sebelum ini pernah popular di media sosial terutamanya TikTok.
#1 Dalam sesi siaran langsung bersama Vida, Qu memberitahu dirinya berusia 26 tahun dan berasal dari Bukit Damansara, Selangor. Qu juga punyai latar belakang pendidikan diploma. Qu punyai 7 orang adik-beradik. #2 Qu mencipta akaun Instagram baharu iaitu @abangqu1 bagi tujuan kerja, selain itu Qu atau lebih popular dengan panggilan Qush punyai akaun Instagram @qushayry1.
#3 Kebanyakan foto di akaun Instagram terdahulu telah dipadamkan dan hanya tinggal sembilan hantaran sahaja.
#4 Qush popular di TikTok menerusi perkongsian pelbagai tips gaya hidup terutamanya rutin penjagaan wajah.
#5 Ada pengguna media sosial yang membuka semula kisah Qush yang enggan berpacaran dengan individu lebih berusia.
"Bukan ini yang selalu cakap siapa nak dating dengan orang tua," tulis seorang pengguna.
#6 TikTok milik Qush punyai lebih 400,000 pengikut dan masih aktif memuatnaik kandungan digital.
#7 Punyai rambut lebat, hingga ada warganet yang menegur keadaannya. Qush dalam kemas kini Instagram Stories bertanyakan pandangan sama ada perlu memotong pendek rambutnya atau dibiarkan begitu.
#8 Difahamkan Qush juga punyai produk serum yang dikeluarkannya sendiri.
#9 Dikatakan sesuai menjadi artis dan pelakon, Qush bersoloroh hanya yakin berlakon di video TikTok saja.
#10 Ada yang puji kekacakan Qush seperti pelakon Hollywood, Henry Cavill dan miliki senyuman persis Shukri Yahaya. Cair ker?
Selamat datang ke dunia glamor dan Abe Nik harap Qush terus sukses! Akan ada banyak lagi yang mendatang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.