,
Laman Utama

#OhAbeNik: Flower Power! Girls... Ini Pokok Bunga Paling Mudah Tanam Dalam Rumah & Senang Jaga

Amri Hassan
27/02/2021
08:50 MYT
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
***
Hi girls! Mesti ramai yang bosan dengan hiasan tanaman berdaun di rumah masing-masing.
Ramai yang ragu-ragu boleh atau tidak menanam pokok bunga di tempat redup misalnya dalam rumah.
Jadi, Abe Nik kongsikan beberapa hiasan berbunga yang boleh korang pilih untuk dijaga di rumah masing-masing.
1. Orkid
Ya, ramai yang kata pokok orkid sukar dijaga namun ia tidaklah sesusah mana.
Kunci untuk menjaganya adalah memberikan sejumlah air dan kadar cahaya matahari yang mereka perlukan.
Orkid mampu menghilangkan pencemaran udara akibat cat dinding dan perabot ya!
2. Succulent
Bagi gadis berjiwa kental tapi dalam hati ada taman, tumbuhan jenis succulent mungkin pilihan ideal.
Ada bermacam-macam saiz dan rupa seperti kaktus dan tumbuhan mini.
Succulent perlukan cahaya sederhana, jadi letak saja ia berdekatan dengan tingkap.
Tanaman jenis ini tidak memerlukan banyak air, siram 1 kali seminggu sahaja sudah memadai.
Ada banyak spesies succulent yang boleh berbunga seperti Kalanchoe, Yucca Merah, Kaktus Kacang Tanah dan Emily Cobweb Houseleek.
Abe Nik akan terangkan tips pemilihan dan penjagaan tanaman succulent dalam edisi akan datang ya!
3. Peace Lily
Bukan sahaja cantik untuk hiasan dalam rumah tetapi juga berfungsi sebagai pembasmi udara dari jenis racun seperti aceton, ethyl acetate, ammonia, bensol, methanol dan xilena.
Tambahan lagi, bunga ini kuat, mudah dipelihara malah tumbuh subur di tempat teduh dan bersuhu rendah.
4. Kekwa
Kekwa ni tak kekwat tau!
Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
5. Lavender
Feeling bukan? Jangan bimbang kerana korang tak perlu ke luar negara untuk mempunyai tanaman lavender sendiri mungkin hanya di balkoni rumah.
Tahukah anda lavender juga dikenali sebagai bunga pengusir nyamuk. Bahkan, beberapa produk pengusir serangga juga menggunakan bunga lavender sebagai bahan asasnya.
Namun, untuk manusia, aroma bunga lavender memberikan efek yang menenangkan.
Cara menanam lavender mudah sahaja, semai dahulu benih sehingga tumbuh setinggi 15 cm dan barulah alihkan ke pasu yang lebih luas.
Pokok lavender tidak sukakan tanah yang lembap kerana ia akan membuatkan lavender berbau busuk!
***
Tak susah pun untuk memiliki tanaman berbunga yang cantik dan wangi di rumah sendiri. Taman kecil atau besar bukan halangannya okey!
Jadi, hiaskan rumah dan segarkan mata anda dengan tanaman berbunga.
Abe Nik yakin bunga punyai kuasa luar biasa untuk menyalurkan aura positf dalam diri sekali gus menenangkan jiwa korang yang tengah berserabut.
Cuba kongsikan kepada Abe Nik tanaman berbunga di rumah korang sekarang. Nak tengok sikit!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Unitar