,
Laman Utama

#OhAbeNik: Like Father Like Son! 6 Anak Teruna Bintang Bollywood Yang Menggoncang Kalbu!

Amri Hassan
07/08/2021
12:50 MYT
Suatu ketika dahulu industri Bollywood pernah melakar fenomena di Malaysia. Filem-filem seperti Kuch-Kuch Hota Hai, Dhadkan, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi senarainya mendominasi industri seni tempatan.
Malah, lagu-lagu daripada filem-filem tersebut juga menjadi pilihan stesen radio dan siulan ramai hingga kini.
Bermakna, suatu ketika Bollywood merajai hati peminat secara global. Hero-hero filem Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Akshay Kumar, Sunil Shetty, Hrithik Roshan, Saif Ali Khan, Aamir Khan, Anil Kapoor dan Jackie Shroff antara yang pernah mencuri perhatian peminat di Malaysia.
Kini, musim berganti dan seiring dengan peningkatan usia, legasi mereka disambung oleh anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Berikut Abe Nik kongsikan wajah anak teruna bintang-bintang Bollywood yang kini sedang meningkat naik.
1. Aryan Khan (Shah Rukh Khan)
Anak teruna King of Bollywood ini merupakan lulusan Seni Halus, Seni Sinematik, Filem dan Televisyen dari University of Southern California.
Aryan kini berusia 23 tahun dan turut mendapat tempias populariti daripada bapanya. Buktinya Instagramnya kini mengumpul lebih 1.4 juta pengikut!
2. Aarav Kumar (Akshay Kumar)
Anak lelaki kepada pelakon Akshay Kumar ini pula mahu lari daripada populariti dan ingin mencipta identitinya sendiri.
Enggan dibayangi bapa dan ibunya, Twinkle Khanna, Aarav, 18, cemerlang dalam lapangan sukan karate dan judo.
Malah, Aarav pernah memenangi tali pinggang hitam dalam sukan Kudo, Okinawa, Goju Ryu Karate dan pernah menang pingat emas dalam sukan Judo.
3. Ahan Shetty (Sunil Shetty)
Sekali imbas memang wajah Ahan sangat mirip dengan aktor Sunil Shetty! Copycat!
Ahan mengikut jejak langkah bapanya dengan debut filem Tadap bergandingan dengan Tara Sutaria yang akan ditayangkan pada September nanti.
Berusia 25 tahun, Ahan juga gemar menyanyi dan punyai band muzik sendiri.
4. Ibrahim Ali Khan (Saif Ali Khan)
Ibrahim Ali Khan merupakan anak kedua Saif Ali Khan menerusi perkahwinan pertamanya bersama Amrita Singh.
Baru berusia 20 tahun, kakaknya, Sara Ali Khan antara pelakon wanita yang sedang meningkat naik ketika ini.
5. Tiger Shroff (Jackie Shroff)
Kacak, bertubuh tinggi lampai dan memiliki badan tegap antara aset lengkap anak teruna Jackie Shroff, Tiger Shroff.
Tiger atau nama sebenarnya Jai Hemant berusia 31 tahun dan sudah membintangi beberapa filem antaranya Baaghi, Heropanti, Rambo dan Student of the Year 2.
6. Harshvardhan Kapoor (Anil Kapoor)
Harshvardhan, 30, merupakan anak kepada pelakon hebat Anil Kapoor. Dia juga merupakan adik kepada Sonam Kapoor dan produser, Rhea Kapoor.
Antara filem lakonannya seperti Mirzya, Bhavesh Joshi Superhero, AK vs AK dan Abhinav Bindra Biopic.
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.