,
Laman Utama

Oh! Lagu Casablanca Ni Pun Sesuai Untuk Mereka Yang Ada Crush Rupanya! Bakal Ada Versi Inggeris & Arab

Mya Amri
31/10/2022
03:32 MYT
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya kisah cinta pasangan kekasih yang banyak dikongsikan di aplikasi TikTok menjadi titik permulaan bagi single duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin iaitu Casablanca.
Casablanca bukan sahaja berjaya mencetuskan fenomena di Malaysia malah di negara jiran juga iaitu Indonesia.
Disebabkan ini juga, Nuha dan Naufal disatukan buat pertama kalinya melalui lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, manakala ciptaan lirik oleh Daqmie serta dan Abdul Karim Al Ali.
Biarpun lagu duet ini adalah kolaborasi pertama mereka, Nuha menyifatkan kerjasama dengan Naufal sangat bagus.

Proses Rakaman Dan Penulisan Lagu

“Alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain. Jadi semuanya berjalan lancar. Pada saya proses penghasilan lagu ini sangat cepat dan saya rasa sebab pasukan ini sangat membantu.
“Semua orang saling tolong menolong, sokong satu sama lain dan berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini lebih baik. Saya harap semua orang boleh hargai usaha yang kami berikan untuk lagu ini.
“Bagi proses penulisan lagu pula kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmi dan Wan Salleh.
“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya Arab sebab ia perlu teliti.
“Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” kata Nuha.

Lagu Sesuai Untuk Crush

Berkongsi mengenai lagu yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu, Nuha berkata Casablanca sangat sesuai buat mereka yang mempunyai crush mahu pun sedang bercinta.
“Pada saya tujuan utama lagu ini adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik lagu ini.
“Lagu ini mengisahkan tentang dua orang yang sedang bercinta, macam baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.
“Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau crush,” jelasnya lagi.
Terdahulu, selepas beberapa bulan dilancarkan, Casablanca terus menjadi tular sehingga berjaya menduduki tangga pertama dalam carta-carta platform penstriman digital seperti Spotify dan Apple Music termasuk luar negara.
Malah muzik video rasminya juga sudah meraih lebih 23 juta tontonan setakat ini.
Lagu ini juga berhasil membawa pasangan duet ini ke kota Jakarta, Indonesia apabila mereka menerima jemputan untuk ditemu ramah oleh stesen-stesen TV dan radio yang terkemuka di negara tersebut.
Casablanca juga bakal diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dan juga Arab dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.