,
Laman Utama

OctaFX Yang Dipromosikan Wak Doyok & Fizo Omar Masuk Senarai Amaran Bank Negara Malaysia

Izwan Isa
01/09/2022
00:50 MYT
Jika anda merupakan pengguna tegar media sosial seperti Instagram dan Youtube, pasti anda pernah melihat iklan mengenai platform pelaburan OctaFX. Lebih-lebih lagi apabila dua selebriti tempatan, iaitu Wak Doyok dan Fizo Omar terlibat mempromosikan platform berkenaan.
Begitupun, baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai status platform OctaFX yang kini memasuki senarai amaran institusi berkenaan.
“Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
“Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai adalah OctaFX,” tulis kenyataan berkenaan.
Terdahulu, sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.
Untuk rekod, OctaFX merupakan broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Difahamkan, OctaFX telah dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.
Selain Wak Doyok dan Fizo Omar, OctaFX turut dipromosikan oleh usahawan kontroversi Aliff Syukri.
Sumber: Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Hiburan

Wak Doyok Derita Kena Santau Angin - “Bila Waktu Maghrib, Saya Batuk Teruk”

gempak
14/08/2024
13:55 MYT
Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, 45, kini dalam proses pemulihan akibat gangguan sihir.
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.