,
Laman Utama

Nyanyian Terkucil Viral Di TikTok, Naim Daniel Tak Ambil Pusing - “Terserah Pada Netizen Nak Kata Apa…”

Izwan Isa
04/01/2022
01:50 MYT
Hujung minggu lalu, penyanyi Naim Daniel bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli tersenyum bangga selepas lagu nyanyian mereka, Lara diumumkan berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36).
Sungguhpun begitu, ada segelintir netizen yang mempertikaikan nyanyian Naim sewaktu persembahan berlangsung. Menurut mereka, nyanyian Naim tidak menepati jangkaan terutama apabila suaranya tergelincir ketika mengadakan persembahan.
@papamuda_73 jgn fyp? #sfmm36 #lara ♬ original sound - CHEF PASTRY??‍?
Tidak hanya itu, bahagian persembahan yang memaparkan suara Naim tergelincir turut dimuat naik di TikTok dan menerima lebih 700,000 tontonan serta lebih 800 komen daripada wargamaya.
Ada yang berpendapat, suara Naim tergelincir kerana aksi spontannya melambung dan mencampak mikrofon ketika persembahan berlangsung.
“Tu la main campak-campak mikrofon, kan mikrofon dan sentap,” tulis seorang salah seorang netizen menerusi ruangan komen.
Ketika diminta mengulas mengenai keadaan vokal yang tergelincir itu, Naim berkata, hal tersebut merupakan satu perkara biasa terutama apabila beraksi di pentas yang besar.
“Sebenarnya, bekerja dengan human nature ni, kita pun tak pasti keadaan dalaman badan kita macam mana. Tambahan pula, kejadian tersebut merupakan kejadian seumpamanya yang berlaku melibatkan masalah teknikal.
“Persembahan pula berskala besar, saya anggap ia sebagai human error, bukan salah mikrofon atau apa. Kita diberi empat minit sahaja di atas pentas itu. Kalau berlatih macam mana pun benda nak jadi, ia akan jadi.
“Terserah pada netizen nak kata apa, tambahan pula segalanya telah selesai. Lebih manis, rezeki berpihak pada kami. Saya jadikan hal ini semua sebagai pengajaran,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Naim turut berkongsi tentang harapannya terhadap lagu berkenaan yang bakal bertanding dengan 11 lagu lain pada AJL36.
“Kalau ikutkan, lagu Lara ini merupakan lagu yang paling tidak kerap dipersembahkan bersama. Tambahan pula, kami terbitkan lagu ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu jadi hanya sempat promosi di radio dan televisyen sahaja.
“Sebelum ini dua lagu saya iaitu Sembah dan Adakah Kau Menungguku tidak berjaya masuk ke AJL. Jadi, apabila lagu Lara ini berjaya lolos, saya rasa sangat bersyukur. Harapan untuk menang itu, bohonglah kalau tiada. Tetapi saya akan datang dengan mindset pembikin.
“Bila kita berfikiran sedemikian, mesej yang ada pada lagu menjadi keutamaan dan perlulah sampai ke masyarakat. Bila mesej sudah sampai, kemenangan hanyalah satu bonus,” tutup Naim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

gempak
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.