,
Hiburan

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Melanc*p Ketika Bersenam... "Eloklah Tu, Tunjuk Anu Sendiri!"

Amri Hassan
13/08/2020
07:45 MYT
Penyanyi Nourul Depp geram dengan tindakan melampau seorang lelaki yang membuat panggilan video lucah baru-baru ini.
Nourul ketika itu sedang bersenam di dalam sebuah gimnasium memberitahu itu bukan kali pertama individu berkenaan berkelakuan tidak senonoh dengannya.
"Kita tengah live ni, tengoklah dia tengah buat apa. Semua rakyat Malaysia tengoklah!
"Nampak tak orang jahat? Eloklah tunjuk anu sendiri.. tak malu pula tu dia tak berhenti. Maaflah terpaksa tunjuk," kata Nourul dalam sesi siaran langsung terbabit.
Kata Norul, aksi tidak bermaruah itu membabitkan kebanyakannya dalam kalangan remaja lelaki Melayu.
"Duk tunjuk anu sendiri tu Islam ke? Itulah penyakit orang kita. Bila kita tegur tak boleh.
"Dah jadi satu penyakit, ramai yang macam itu. Ingat kita ni apa, suka letak kita bawah tapak kaki mereka.
"Yang sedihnya anak-anak muda, kasihan kalau mak bapa tahu," tambahnya.
Nourul berpendapat, situasi pandemik menyebabkan segelintir individu melepaskan tekanan melalui cara sedemikian.
"Sebab COVID-19 ramai susah hati, tertekan sampai buat kerja tak senonoh.
"Banyak artis lain pun terima panggilan video sebegini. Artis bertudung pun ada. Ini kenyataan di negara kita!" katanya.
Nourul turut mendedahkan nombor telefon individu berkenaan di ruangan kapsyen video terbabit sebagai pengajaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

gempak
26/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa geram dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi mengenai perkahwinannya tanpa mengetahui kepastian tentang sesuatu cerita.
Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
24/08/2024
09:26 MYT
Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Hiburan

Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
14/08/2024
04:20 MYT
Terima pelbagai komen lucah dan hinaan secara atas talian, pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang bertindak melakukan perbuatan tersebut.
Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.