HIBURAN
Norreen Iman Kongsi Perbezaan Influencer & Artis - “Kadang Kala Dalam Industri Seni Pun Memerlukan…”
Memulakan karier sebagai pempengaruh media sosial dan kemudian bergelar pelakon, Norreen Iman mengakui terdapat perbezaan di antara dua bidang kerja tersebut.
Bakat & kekal relevan
Menurut Norreen, selebriti dikenali dengan bakat dimiliki yang sememangnya lahir dalam diri masing-masing dan tidak boleh dibeli.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Minta Maaf & Berpelukan…” - Kes Buli Anak Norreen Iman Di Sekolah Selesai Dengan Baik
ARTIKEL BERKAITAN: Noreen Iman Seru Ibu Bapa Ambil Tahu Aktiviti Anak di Sekolah, Elak Kes Buli
Manakala, pempengaruh pula dikenali dengan konten yang dihasilkan dan perlu 'menjual diri' supaya mampu menarik mana-mana jenama untuk menggunakan khidmat mereka.
"Perbezaan adalah artis mempunyai 'skill', bakat dan ada pengikut tersendiri. Paling penting bakat yang dimiliki pada artis tidak boleh dijual beli.
"Bakat itu perlu seiring dengan ilmu yang dicari dan faham tentang 'skill' kerana itu berkaitan dengan seni.
"Kalau influencer pula lebih kepada menarik pengikut di media sosial dan menarik 'brand' supaya gunakan khidmat mereka.
"Influencer atau pencipta kandungan perlu kekal relevan sebab setiap hari akan ada influencer baharu muncul,” katanya.
Norreen berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu menerusi podcast Suhan Channel Official.
Saling memerlukan
Norreen turut berpendapat pada era kini, selebriti dan pempengaruh saling memerlukan bagi membantu antara satu sama lain.
"Kadang kala dalam industri seni pun memerlukan influencer. Daripada 'brand' membayar iklan, mereka lebih tertarik gunakan khidmat influencer.
"Setidaknya orang macam kami (golongan pempengaruh) boleh membantu pihak tertentu. Skop influencer sangat besar, bagaimanapun tetap tidak boleh dibandingkan dengan artis,” ujarnya.
Pintu rezeki
Dalam pada itu, Norreen berkata, dia tidak menyangka media sosial yang pada awalnya menjadi medium untuk menghasilkan konten menjadi pintu rezeki bergelar pelakon.
"Macam saya banyak buat konten kelakar dan daripada situ ada yang nampak lalu panggil saya jadi pelakon. Menjadi influencer secara tidak langsung membuka peluang menjadi pelakon,” katanya.
@suhanchannelofficial “Perbezaan antara artis dan influencer…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel ♬ original sound - Suhan Channel Official
Must-Watch Video