,
Laman Utama

Norish Karman Kritik Himpunan Malaysia Bersama Palestin Sebagai 'Crappy Event' - “Kononlah Solidariti…”

Izwan Isa
27/10/2023
01:50 MYT
Pelakon Norish Karman bersetuju dengan pendapat dramatis Mona Allen mengenai perhimpunan solidariti Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Norish, perhimpunan berkenaan dianggap sebagai perhimpunan cabuk, dengan elemen glam dan populariti.
“Betul sangat my lovely Mona Allen. Kononlah solidariti, yang datang semua kemungkinan berbayar dan ada je element glam dan populariti.
“Such a crappy program. But that’s my two cents opinion,” tulisnya.
Sebelum ini, Mona menerusi perkongsian di Instagram berkata, lebih baik mengerjakan solat hajat di masjid berbanding mengadakan perhimpunan sedemikian.
Seramai lebih 16,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama berhimpun menerusi program Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada Rabu.
Selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan pemimpin lain selain selebriti tempatan turut menyertai perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut dilihat sebagai 'pembesar suara' bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.
BACA: Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia

gempak
25/10/2023
01:55 MYT
Siti hadir membuat persembahan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
Laman Utama

“Ibu Saya Tak Nazak, Berita Tular Itu Tak Benar” – Anak Norish Karman

gempak
11/03/2021
00:15 MYT
Norish Karman baik-baik sahaja...
Berita

"Janda Pun Ada Taste..." - Norish Karman Dedah Lelaki Bawah 30-an Beratur Ajak Kahwin!

gempak
09/09/2020
08:50 MYT
Norish Karman beri bayangan ada wanita risau untuk berkawan dengannya yang berstatus janda.
Berita

"Saya Tak Amik Pot Apa Orang Kutuk Dan Mengata Pasal Saya Jika Saya Di Hina" - Norish Karman

gempak
11/02/2019
09:23 MYT
Viral

"Tak Hadap Nak Title Seniwati, Dalam Kubur Tak Disoal Semua Tu" - Win Jawapan Norish Karman Bila Kena Serang Netizen

gempak
05/09/2018
07:01 MYT