,
Hiburan

Noreen Iman Seru Ibu Bapa Ambil Tahu Aktiviti Anak di Sekolah, Elak Kes Buli

Asyraf Roslan
31/10/2024
03:55 MYT
Pelakon dan pempengaruh, Noreen Iman meminta ibu bapa untuk sentiasa mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak ketika mereka berada di sekolah.
Noreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah,30, mahu tindakan itu diambil bagi mengelak anak-anak daripada terlibat dengan kes buli.
“Untuk ibu bapa diluar sana, sila periksa anak anda sebab kita tidak tahu apa yang mereka buat dekat sekolah.
“Saya tahu apa yang anak saya buat disekolah kerana sentiasa mendapatkan maklum balas dari guru, dan setiap kali anak bercerita ianya valid. Kerana ada ibu bapa yang tidak tahu bahawa anak-anak mereka membuli kanak-kanak lain disekolah.
“Kalau tukar sekolah seribu kali tapi perkara ini tidak diterapkan dekat anak masing-masing benda akan sama sahaja,” katanya.
Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga memaklumkan bahawa ibu bapa seharusnya tidak melindungi dan memberi pengajaran kepada anak mereka jika terlibat dengan kegiatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berterusan Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Norreen Iman Tak Sanggup Lihat Anak Trauma & ‘Broken Hearted’ - “Kali Ini Aku Takkan Diam”

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Mangsa Buli, Idan Aedan Pernah Ditendang Empat Pelajar Di Sekolah - “Mungkin Mereka Cemburu“

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kena Buli Di Sekolah, Tam Spider Enggan Dilabel ‘Lebih Sudu Daripada Kuah’ - “Kalau Kes Gaduh, Saya Boleh Cakap Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Terima 12 Laporan Kes Buli Anak Tam Spider, Khir Rahman

“Mungkin ada anak-anak anda yang buat orang tapi tolong jangan lindungi anak anda jika dia terlibat dengan kes buli dan berikan pengajaran kepada mereka.
“Bukan nak cakap mereka adalah ibu bapa yang gagal tapi bagaimana anak-anak anda boleh buat jahat kepada anak orang lain.
“Sebab pendidikan bermula daripada rumah, jadi macam mana mereka diajar itu juga bermula dirumah,cikgu disekolah hanya berikan pendidikan untuk masa hadapan sahaja,” ujar Noreen.
Pada masa sama, meskipun sedih melihat keadaan anaknya itu, Noreen tetap memilih untuk menyelesaikan masalah ini diperingkat sekolah terlebih dahulu.
Namun bagi Noreen perkara ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan ia adalah satu kes yang sangat serius.
Terdahulu, Norreen Iman pernah mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Unitar