,
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

Khairil Khusyairi
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.

Anggap Sebagai Rezeki Jika Dapat

Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu, dia tidak memikirkan soal tersebut biarpun sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam industri seni tanah air.

“Sebenarnya saya tak fikir mengenai itu, saya letak perkara itu sebagai rezeki. Ada orang murah rezeki dia.

“Sebenarnya pengiktirafan ini adalah atas perakuan, bukan menonjol. Kalau orang nampak dan suka, mungkin diangkat cepat.

“Pada saya, cepat atau lambat. Ia macam konsert saya, setiap tahun nak buat tetapi di tahun ke-30 baru hanya satu. Jadi ia sama dengan pengiktirafan daripada mana-mana,” ujarnya kepada Gempak.

Noraniza ditemui pada sidang media Keretapi Sarong 2024 di Pavillion Bukit Jalil, pada Selasa.

Jangan Pertikai Rezeki Allah

Pelantun lagu Dikir Puteri itu turut meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan gelaran Datuk yang diterima mana-mana selebriti.

“Itu mungkin rezeki mereka. Pada saya, saya suka tengok mana-mana artis yang dapat, saya rasa mereka bagus.

“Saya tak pernah fikir perkara yang sebaliknya, tetapi saya selalu lihat pencapaian seseorang dalam industri dan sejauh mana mereka bawa kerjaya tersebut.

“Ia berbalik pada rezeki, jadi kita jangan pertikai rezeki Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Noraniza yang bakal membuat penampilan istimewa di Keretapi Sarong pada tahun ini meluahkan rasa teruja apabila disunting untuk menjadi artis jemputan bagi acara yang masuk tahun ke-8 itu.
“Bila dijemput saya fikir ‘ada lagi ke yang minat Noraniza Idris ni?’. Kebanyakkan mereka tahu lagu saya tetapi tidak kenal siapa Noraniza Idris.
“Ia satu penghormatan, terharu bila ada pihak yang mengangkat Noraniza Idris. Cara mereka seperti memohon restu untuk bersama mereka.
“Saya rasa diri saya kerdil untuk mereka mengangkat saya sebegitu, mereka datang ke rumah saya dan berjumpa sendiri.
“InsyaAllah saya akan beri yang terbaik,” kongsinya teruja.
Untuk info, Kereta Sarong 2024 (KS24) yang bakal berlangsung pada 14 September depan menyasarkan 12,000 peserta.
Selain acara utama di Lembah Klang, flash mob serentak juga akan rancak berlangsung di lokasi terpilih seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar, malah di kota Paris dan Berlin yang menonjolkan jangkauan global dan daya tarikan unik sambutan khas Malaysia ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara

gempak
22/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara baru-baru ini.
Unitar