,
Hiburan

Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert 'Qalam Noraniza Idris'

Umirah Halim
01/07/2024
14:12 MYT
Ratu etnik irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal melangsungkan konsert berjudul Konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 hingga 29 September ini di Panggung Bangsawan, Melaka.

Perjuang lagu etnik

Menurut Noraniza, dia mahu terus perjuangan lagu etnik dan akui memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

"Dulu kita ada Pak Ngah tetapi sekarang dia dah tiada. Siapa nak bangunkan, takkan kita nak menyerah begitu sahaja?

"Saya rasa, saya kena buat sesuatu. Irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang (kena) berani (untuk) ke depan,” katanya kepada Gempak selepas sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Hati Kama Tak Sama Dengan Lagu Duet Saya Yang Lain Sebab…” - Noraniza Idris

BERITA TRENDING: "Saya Minat Kak Ani Dari Kecil" - Hazama Terharu Dilamar Duet Lagu Baharu Noraniza Idris Penawar Kita

Ratu Irama Malaysia itu bakal mengetengahkan konsep 'konsert dalam pertandingan' menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.
Konsert terbabit adalah bersempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung pada bulan September nanti.
Konsert itu juga dijalankan demi menebus semula kekecewaan terhadap Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah

Konsert dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari di Panggung Bangsawan, Melaka.
Tiket boleh dibeli pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman web Ilassotikets.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.