HIBURAN
Nora Danish Tak Pernah Fobia Dalam Perkahwinan - “Masa Tunai Umrah, Saya Berdoa Supaya Ditemukan Dengan…”
Dua kali melalui fasa kegagalan rumah tangga, namun pelakon Nora Danish mengakui pintu hatinya belum tertutup untuk berkahwin lagi.
Tak serik
Sentiasa menaruh harapan dipertemukan jodoh yang baik, pemilik nama Nora Danish Mohd. Haniff, berkata, dia tak pernah berasa serik mahupun trauma untuk berkahwin lagi.
"Siapa sahaja tak mahu kahwin, kan? Memang saya nak sangat. Saya tak pernah putus harapan atau fobia dengan perkahwinan sebelum ini.
"Semasa menunaikan umrah Februari lalu, saya berdoa supaya ditemukan dengan insan baik. Tapi apa pun biar saya perbaiki diri dahulu sebelum bertemu jodoh yang sesuai,” katanya kepada Gempak.
Belum ada calon
Mempelajari banyak ilmu menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon berusia 43 tahun ini bagaimanapun berkata, dia masih belum mempunyai calon.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ramadan Ini Terfikir-Fikir Juga Apa Nedim Makan Tapi…” - Nora Danish
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Terharu 12 Hari Bertadarus, Baca 55 Muka Surat Setiap Hari - “Nikmat Apakah Ini? Rasa Tidak Mahu Henti”
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Seksi Dah Bagi Rakan ‘Non-Muslim’, Nora Danish Masih Ada 26,000 Foto Perlu Dipadam Di IG - “Bila Tengok Gambar Lama…”
"Kita tak sempurna, tapi apabila sudah faham agama, tentu kita mahu seseorang yang baik mampu membimbing ke arah kebaikan. Tapi sampai sekarang, belum ada calon lagi," ujarnya.
Usikan rakan
Dalam pada itu, pelakon drama Puteri ini mendedahkan dirinya sering menjadi bahan usikan rakan-rakan setiap kali menghadiri kelas agama.
"Bila kita single, pergi kelas agama memang ada yang suka mengusik. Kalau ada ustaz bujang, mesti ada yang cuba ‘kenen-kenenkan’.
"Tapi saya tak terasa pun. Mungkin sebab dah biasa dengan gurauan orang. Kalau perkara baik, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Nedim Mohamad Nazri, namun bercerai pada Jun tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 16.
Must-Watch Video