,
Laman Utama

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”

Gempak
25/09/2023
07:47 MYT
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.
Menerusi laporan Harian Metro, Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 12.51 tengah hari tadi.
Kakak kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa ini memberitahu dia sudah reda dan menyifatkan perceraian itu sebagai takdir yang sudah tertulis.
"Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.
"Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.
“Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan," katanya.
Dalam pada itu, Nabila turut menyatakan perceraian kali ketiga dalam rumah tangga bukan sesuatu yang dirancang sebaliknya adalah satu ketentuan.
"Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda.
“Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya," katanya.
Terdahulu, Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 19 Mac 2021.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sumber - Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.