,
Laman Utama

“No Respect” – Netizen Persoal Alunan Lagu Negaraku Di Final Piala FA 2022 Berbunyi Aneh

Shahrin Zulkifle
11/09/2022
05:00 MYT
Lagu kebangsaan, Negaraku yang dipersembahkan sebelum bermulanya perlawanan akhir bola sepak Piala AF antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menimbulkan rasa kurang senang wargamaya.
Pada malam itu, lagu tersebut telah disampaikan oleh juara pertandingan All Together Now Malaysia musim pertama, Idris Brown dan diiringi seorang pemain gitar elektrik di sisinya.
Ketika lagu tersebut dipersembahkan, bunyinya kelihatan sedikit berbeza daripada kebiasaan dan kedengaran sedikit ‘keras’ disebabkan iringan gitar yang dimainkan.
Ekoran hal itu, tanda pagar #LaguNegaraku turut menjadi trending di laman Twitter.
Malah, beberapa pengguna laman tersebut mempersoalkan mengapa lagu Negaraku dipersembahkan sedemikian rupa.
“Lagu Negaraku dinyanyikan begitu? Ada benda boleh buat main, ada benda tidak. No respect,” kongsi seorang netizen.
“Lagu Negaraku tak payah la buat macam itu, itu kan lagu rasmi,” tulis seorang wargamaya.
“Woi lagu Negaraku dibuat dalam versi rock? Apesal!” kongsi seorang lagi warganet.
Terdahulu, perlawanan akhir Piala AF yang berlangsung semalam telah menyaksikan pasukan JDT berjaya membawa pulang piala kejuaraan dengan keputusan penuh perlawanan 3-1 kepada TFC.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

Final Piala FA: Juara Milik JDT! Pertahan Kejuaraan Selepas Belasah Selangor 6-1

gempak
24/08/2024
15:50 MYT
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.
Sukan

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

gempak
24/08/2024
06:53 MYT
Perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.