,
Hiburan

“No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine

Firdaus
29/04/2024
09:06 MYT
Pelakon, Meerqeen, memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan namanya dan kekasih gelap kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.
Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, berkata dia hanya mahu fokus pada karier lakonan dan filem terbaharunya iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey yang bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Jun depan.
“Saya tiada apa-apa untuk diperkatakan tentang itu, saya datang sini untuk filem saya yang akan datang, jadi saya tak ada komen pasal itu,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, pada Isnin.
Sebelum, Meerqeen menyatakan Sarah Yasmine merupakan peminatnya, namun Sarah menidakkan perkara tersebut dan mendakwa mereka pernah menjalinkan hubungan sekitar Ogos dan September tahun lalu.
Bertanya sama ada kontroversi ini memberi kesan pada dirinya, Meerqeen berkata, dia yang kini sedang menjalankan penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, enggan diganggu dengan isu berbangkit sehingga menjejaskan kerjaya.
“Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’.
“Jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Meerqeen berkongsi dia juga tidak membaca komen di media sosial.
“Saya tiada masa untuk sesiapa. Dengan keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.
“Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon, saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini tapi saya tahu apa yang saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen berkata dia seronok dapat bekerja di bawah pengarahan sutradara tersebut.
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.
Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.