,
Gaya Hidup

Nikmati 50 Menu Hidangan Timur, Barat Dengan Harga RM49 Sahaja

Syafiqah Jalal
31/05/2017
07:42 MYT
Siapa sangka kurang RM50, anda boleh menjamu selera sepuas-puasnya dengan 50 menu hidangan tempatan dan makanan barat di Restoran The Chef Cafe Shah Alam.
50 menu buffet yang akan dipersembahkan secara rotasi setiap hari sepanjang Ramadan itu termasuk sajian utama, makanan barat serta pencuci mulut.
Bertemakan 1001 Hikayat Rasa, istimewanya Ramadan ini Chef Cafe menyediakan sajian Melayu seperti Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam/Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur dan pelbagi lagi masakan Melayu serta ulam-ulaman.
Selain masakan Melayu, makanan ala barat juga turut disediakan bagi memberi variasi kepada menu berbuka puasa pelanggan. Makanan seperti Beef/Mushroom Lasagna, Honey Chicken Wing, Black Pepper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew dan House Salad antara menu ala barat yang tersenarai.
Selain hidangan utama, Kambing Golek merupakan menu wajib yang akan menjadi pelengkap dalam senarai menu berbuka puasa.
Chef Cafe turut menyediakan hidangan berkonsepkan stall atau gerai kecil untuk memeriahkan lagi acara berbuka puasa. Anatara menu yang dibuka di gerai adalah Ayam Tempayan, Mongolian Grill, Pasta, Bubur Nasi dengan Sambal Hiris Cepo/Kentang, Laksa Tempoyak serta ABC (Air Batu Campur).
Selain itu, pelbagai pencuci mulut seperti aneka kuih muih Melayu tempatan, kek, tart dan banyak lagi yang akan menyempurnakan sajian berbuka puasa di The Chef Cafe.
The Chef Cafe terletak di alamat 43 Business Park 1 Seksyen 31, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
Sebarang maklumat atau tempahan, hubungi The Chef Cafe di talian 03-55253707 atau 017-4991707.
Teks Oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan