,
Laman Utama

Nikita Mirzani Nak Bagi Kondom Percuma Kekang Kehamilan Rakyat Indonesia

Maliah Surip
02/02/2021
03:25 MYT
Artis sensasi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi membuat 'kecoh' apabila mengaku ingin mendermakan kondom kepada pasangan suami isteri di negaranya.
Kondom yang mahu diberikan secara percuma itu kata Nikita adalah untuk mengekang angka kehamilan yang semakin tinggi saat pandemik COVID 19 melanda dunia.
Di Indonesia sendiri, angka rakyatnya yang telah dijangkiti virus tersebut melepasi 1 juta orang dengan lebih 29 ribu kematian direkodkan sehingga 1 Februari 2021.
"Saya lihat di zaman pandemik COVID 19 ini banyak orang yang menghabiskan masa di rumah. Jadi saya ingat nak beri kondom percuma bagi memperkecilkan kebarangkalian kehamilan," kata Nikita seperti dilaporkan Viva.co.id.
Menurut perempuan yang akrab disapa Nyai dalam kalangan peminatnya itu, idea memberikan kondom percuma tak pernah dirancang, namun oleh kerana melihat jika seseorang ibu hamil dalam keadaan ekonomi negara yang tidak baik, ia memberi kesan jangka panjang kepada keluarga tersebut.
"Masalahnya nanti cuma hamil, kemudian melahirkan. Tapi nanti anak yang dilahirkan tidak terjaga," kata Nikita lagi.
Nikita kemudian mengatakan tidak kisah jika selalu dilabel sengaja mencari sensasi. Kata ibu berusia 34 tahun ini, dia akan terus melakukan sesuatu hal yang menurutnya positif di laman sosial walaupun tidak begitu digemari banyak orang.
"Saya okey (dikatakan cari sensasi). Nanti lihat Instagram saya terus ya," kata pemilik akaun Instagram yang sudah beberapa kali digodam sehingga meninggalkan hanya sekitar 900, 000 pengikut saat ini.
Kredit Foto: HerStory
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.