,
Gaya Hidup

Nicol Ke Separuh Akhir Terbuka Britain

Syafiqah Jalal
25/03/2017
03:11 MYT
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan prestasi cemerlangnya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Britain apabila mara ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Airco Arena, Hull, England.
Pemain nombor tujuh dunia itu yang juga pilihan keenam kejohanan, mengejutkan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Britain 2015, Camille Serme dari Perancis dalam perlawanan suku akhir lewat malam tadi.
Nicol mengambil masa 39 minit untuk menyingkirkan Serme 11-6, 11-6, 11-8 dan merupakan kemenangan ke-15 beliau ke atas pemain berusia 27 tahun tersebut dalam kejohanan Siri Dunia Persatuan Skuasy Profesional. Mengulas kemenangannya, Nicol berkata beliau bermain tanpa rasa tertekan dan mencurahkan segala kemahiran yang ada untuk menundukkan Serme yang merupakan pilihan dalam perlawanan itu susulan kejayaannya merangkul dua kejuaraan Siri Dunia - Terbuka Amerika Syarikat 2016 dan Kejohanan Juara-juara awal musim ini.
"Beliau menikmati musim yang baik dengan memenangi beberapa kejohanan Siri Dunia, sedangkan saya pula tidak rugi apa-apa. Saya bermain dengan cara saya dan curahkan segala yang saya tahu dan usaha saya berhasil. Saya sangat gembira," katanya dipetik oleh laman sesawang kejohanan www.allambritishopensquas2017.com.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan berusaha melakukan perkara sama dalam perlawanan separuh akhir nanti.
Nicol yang membuat penampilan separuh akhir pertama dalam Jelajah Siri dunia sejak Terbuka Hong Kong pada Ogos lalu akan bertemu pemain tuan rumah Sarah-Jane Perry untuk menempah slot ke final pada Ahad.
Perry yang juga pilihan ketujuh kejohanan, mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan pilihan ke-15 Donna Urquhart dari Australia dalam permainan lima set dengan catatan 11-4, 7-11, 13-11, 6-11 dan 11-4.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

gempak
10/08/2024
12:30 MYT
Jaguh squash dunia, Datuk Nicol David tampil menitipkan kata-kata semangat buat penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri yang menamatkan pusingan akhir di Olimpik Paris 2024 semalam.
Sukan

"Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah

gempak
04/08/2024
08:25 MYT
Datuk Nicol Ann David menyifatkan Pearly Tan-M Thinaah sebagai legenda walaupun pasangan beregu wanita badminton negara itu tidak berjaya memenangi sebarang pingat pada Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Laman Utama

Nicol Sedih Kes Bunuh Diri Meningkat, Ramai Kibar Bendera Putih – Tolong Menolong Hadiah Paling Bermakna

gempak
09/07/2021
15:15 MYT
Kes positif hari ini melebihi 9 ribu
Laman Utama

Nicol David Dinobat Atlet Sepanjang Zaman, Ketepikan James Kehoe Legenda Tarik Tali Ireland

gempak
01/02/2021
16:32 MYT
Tahniah Datuk Nicol David!
Laman Utama

Nicol David Tercalon Dalam Senarai Greatest Athlete of All Time

gempak
10/01/2021
06:55 MYT
Undi cepat!