,
Laman Utama

Nicol David Tercalon Dalam Senarai Greatest Athlete of All Time

Amri Hassan
10/01/2021
06:55 MYT
Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David merupakan wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (The World Games).
Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu akan bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).
Kesemua 24 atlet tersebut dicalonkan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing. Orang awam boleh mengundi juara dunia sebanyak lapan kali dari Malaysia itu di sini.
Pada 20 Jan ini, 10 calon dengan undi terbanyak akan disenarai pendekkan manakala pemenang gelaran tersebut akan diumumkan pada 1 Feb ini.
"Anda boleh memberikan undi anda kepada calon di laman web The World Games sekali dalam masa 24 jam. Undian mesti diberikan setiap kali kepada dua calon; dua undi untuk calon pilihan pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua. Sekiranya anda memberi undi kepada satu calon sahaja maka undi anda tidak akan didaftarkan," menurut The World Games.
Setakat artikel ini ditulis, Nicol mendahului saingan berbanding atlet daripada sukan muay thai, gimnastik, sukan kasut roda, powerlifting, memanah, bola baling dan sumo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.