,
Laman Utama

Nicol David Dinobat Atlet Sepanjang Zaman, Ketepikan James Kehoe Legenda Tarik Tali Ireland

Fiza Kamarudin
01/02/2021
16:32 MYT
Tahniah diucapkan kepada bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Nicol telah meraih undi majoriti sebanyak 318,943 mengetepikan James Kehoe iaitu legenda tarik tali Ireland yang mendapat sebanyak 113,120 undian.
Atlet powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.
Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).
"Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk anugerah ini dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.
“Agak mengejutkan melihat diri saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain dan saya bersyukur untuk anugerah ini.
“Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan perhatian dunia terhadap sukan skuasy. Ini adalah saat yang membanggakan untuk mewakili negara saya dan Asia," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), Jose Perurena mengucapkan tahniah kepada para calon sambil menambah Nicol bertindak sebagai inspirasi dan teladan yang baik kepada atlet muda.
"Saingan ini adalah luar biasa dan bagus untuk melihat bagaimana atlet mendapat sokongan bukan sahaja dari sukan mereka sendiri tetapi juga negara mereka dan pihak berkuasa sukan di sana. Sukan benar-benar menyatukan rakyat dengan cara yang istimewa," katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) Zena Wooldridge berkata kejayaan Nicol adalah pengiktirafan terhadap karier luar biasa yang menyaksikannya mencipta pelbagai rekod dan memenangi semua gelaran yang ditawarkan dalam sukan itu.
Anugerah tersebut dianjurkan oleh IWGA sebagai sambutan ulang tahun ke-40 acara Sukan Dunia itu yang pertama kali diadakan di Santa Clara, California, Amerika Syarikat pada 1981.
Sebagai rekod, pemain hoki dari India, Ritu Pani memenangi anugerah Atlet Terbaik Sukan Dunia bagi edisi 2019.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

gempak
10/08/2024
12:30 MYT
Jaguh squash dunia, Datuk Nicol David tampil menitipkan kata-kata semangat buat penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri yang menamatkan pusingan akhir di Olimpik Paris 2024 semalam.
Sukan

"Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah

gempak
04/08/2024
08:25 MYT
Datuk Nicol Ann David menyifatkan Pearly Tan-M Thinaah sebagai legenda walaupun pasangan beregu wanita badminton negara itu tidak berjaya memenangi sebarang pingat pada Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Laman Utama

Agong Kurnia Pangkat 'Datuk', Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung & Bersanggul Masuk Istana Negara

gempak
17/11/2021
04:50 MYT
Well deserved!
Laman Utama

Nicol Sedih Kes Bunuh Diri Meningkat, Ramai Kibar Bendera Putih – Tolong Menolong Hadiah Paling Bermakna

gempak
09/07/2021
15:15 MYT
Kes positif hari ini melebihi 9 ribu
Laman Utama

Nicol David Tercalon Dalam Senarai Greatest Athlete of All Time

gempak
10/01/2021
06:55 MYT
Undi cepat!