,
Hollywood

Nicki Minaj Kena Tahan Disyaki Bawa Dadah, Minta Maaf Tunda Persembahan

Maliah Surip
28/05/2024
06:00 MYT
Penyanyi dan rapper Nicki Minaj menyampaikan permohonan maaf kepada peminat di Manchester kerana terpaksa menunda persembahan yang dijadual berlangsung di United Kingdom selepas ditahan pihak berkuasa Belanda.
Minaj ditahan kerana disyaki membawa dadah dalam perjalanannya untuk melakukan konsert yang dijadual pada malam dia meminta maaf kepada peminat dari balkoni hotelnya di Manchester.
“Saya sayang anda semua dan meminta maaf kerana masalah terjadi pada malam ini,” kata Minaj di akaun media sosialnya lapor USWeekly.
Sebelum itu Minaj menerusi X mengajak peminat untuk menunggu di bawah hotel dan dia akan menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghiburkan mereka selepas ditahan pihak berkuasa.
“Saya akan bertemu anda semua dari balkoni dan jika anda boleh datang bertemu saya, saya akan turun. Saya akan berada di bawah (lobi) selama sejam. Sekurangnya ini yang mampu saya lakukan,” cuitnya di X.

BERITA TRENDING: Dakwa Kerendut Zakar Mengecil Kerana Vaksin, Nicki Minaj Kena Sound Dengan Menteri Kesihatan

Sementara itu Minaj dilepaskan dengan jaminan polis pada Sabtu iaitu hari yang sama sepatutnya dia melakukan persembahan.

Tak bawa dadah

Pihak penganjur menerusi kenyataan menyampaikan rasa duka cita terhadap insiden yang berlaku.
Terdahulu menerusi video yang beredar, Minaj dilihat sedang bertengkar dengan pihak penguasa di Amsterdam’s Schiphol Airport. Dia dipaksa menaiki van polis untuk siasatan dan didakwa telah ditahan kerana membawa dadah.

Minaj kemudian terdengar berkata: “Saya tidak membawa dadah.”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.