,
Berita

Niat Pukul Untuk Lumpuh, Bapa Tak Sengaja Buat Anak Maut

Maliah Surip
08/01/2024
14:51 MYT
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.
Ironi sang bapa yang dikenali sebagai Sutikno hanya mahu meleraikan pergaduhan antara anak lelaki yang berusia 22 tahun itu dengan adiknya.
Lebih malang, mangsa atau namanya Guntur disifatkan sebagai seorang anak yang sangat bermasalah, biadab malah sering memukul dirinya, isteri dan adik beradik yang lain.

BERITA TRENDING: Dituduh Pukul Kekasih Sampai Berjahit, Netizen Sifatkan Pelakon Lelaki Ini Ada Masalah Hati!

Menurut Sutikno, dia telah memukul mangsa dengan benda keras selepas berjaya meminta isteri dan dua anaknya yang lain sewaktu mereka bergaduh di dapur.
“Guntur berada dalam keadaan mabuk dan membawa pisau. Dia mahu membunuh adiknya jadi saya leraikan.
“Saya hentak kakinya dengan benda keras dengan niat biar dia lumpuh. Jika lumpuh saya masih boleh menjaganya kerana kami semua sudah tidak tahan dengan sikap dia.
“Dia (mangsa) sering memukul kami sehingga kami pernah lari menetap di rumah saudara kerana tidak tahan,” ujar Sutikno kepada polis seperti dilaporkan media tempatan.
Malangnya Sutikno tidak sedar anaknya telah meninggal dunia sewaktu dia bergaduh kerana kecederaan di kepala.
“Saya tidak tahu dia telah mati dan tidak berniat membunuhnya. Saya hanya mahu menyelamatkan keluarga. Itu saja,” akuinya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.