,
Laman Utama

“Ni Lah Syurga Aku” - Bestnya! Bilik Rahsia Ozlynn Dah Macam Groceries

Mya Amri
24/11/2021
05:32 MYT
Pelakon Ozlynn menarik perhatian peminat selepas berkongsi tempat penyimpanan stok barangan dapur di rumahnya.
Menerusi perkongsian terbaharu Ozlynn di hantaran Instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini memaklumkan ruangan simpan ini memudahkan untuk berkongsi rezeki dengan tetamu mahu pun adik-beradik yang memerlukan.
“Siapa tahu bilik rahsia aku ni memang akan dorang selongkar. Ini baru setempat. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam.
“Tisu tandas, tisu dapur, air zam-zam pun ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni.
“Beras Basmathi? Wangi? Biasa pun ada. Milo? Horlick? Black coffee? White coffee? Ada ruang khas dalam almari.
“Senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik-beradik, memang dorang tahu nak selongkar mana.
“Inilah syurga aku. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Yang penting sebelum ambil kena ucap Alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ini memang aku paksa.
“Kaum Hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku daakan korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya.
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan cara Ozlynn lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.
Selain itu mereka juga memuji sifat pemurah Ozlynn dan keluarganya yang suka berkongsi rezeki.
Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009.
Pasangan ini mempunyai enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lama Simpan Niat Untuk Bertudung, Hati Ozlynn Lebih Yakin Selepas Tunai Haji - “Maknanya Itu Adalah ‘Final Call’ Daripada Allah”

gempak
28/07/2024
02:55 MYT
Penampilan terbaharu isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn Wati yang kini mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Laman Utama

[VIDEO] Kejutan Johan & Ozlynn Buat Anak Sulung Undang Rasa Sebak - “Selagi Ada Kita Hargailah Pinjaman Paling…”

gempak
10/05/2023
03:55 MYT
Sebak tengok mereka sekeluarga.
Laman Utama

Netizen 'Geram' Tengok Anak Ozlynn, Kacak Macam Pelakon Korea! - "Suruhlah Jadi Model Ke, Penyanyi Ke, Pelakon Ke..."

gempak
20/10/2022
08:00 MYT
Ariq anak Johan Ozylnn
Laman Utama

“Orang Selalu Tanya, Betul Ke Tu Anak Bujang You? Habis Tu…” - Ozlynn Akui Untung Kahwin Awal, Anak Dewasa Ketika Usia Masih Muda

gempak
06/10/2022
05:50 MYT
Memang nampak macam kakak dan adik!
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda