,
Laman Utama

Ne-Yo Live In Malaysia Begitu Indah, Persembahan Benar Benar ‘One In A Million’

Shahrin Zulkifle
22/01/2023
14:00 MYT

Bertenaga, menghiburkan dan menggamit nostalgia! Demikian kata-kata yang boleh menggambarkan mengenai kemeriahan konsert ‘Ne-Yo Live In Malaysia’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya malam tadi.

Seramai 2,900 peminat hadir dan memenuhi dewan Plenary Hall KLCC, bermula jam 8:00 malam bagi melihat sendiri aksi lincah dan istimewa bintang terkemuka dari Amerika Syarikat, Ne-Yo yang dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions dan Happymoon.

Nostalgia peminat R&B

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal berkata, konsert tersebut telah berjaya menggamit semula nostalgia peminat muzik R&B selain gembira melihat aksi penonton yang begitu teruja.

“Luar biasa! Ne-Yo menjangkau semua ekspektasi dengan memberikan persembahan yang penuh energetik dan mengimbau nostalgia peminat muzik R&B di awal tahun 2000 yang turut menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka ketika zaman muda-muda dahulu.

“Walaupun dewan konsert menyediakan tempat duduk, ini bukanlah penghalang bagi penonton untuk turut berdiri dan bergembira sepanjang berlangsungnya persembahan,” katanya.

Himpunan lagu hits Ne-Yo

Tirai konsert dibuka dengan cukup bertenaga apabila Ne-Yo telah menyanyikan lagu paling hits miliknya iaitu Miss Independent dan kemudian disusuli dengan She Knows, Because of You, One In A Million dan lain-lain lagi.

Selain menghidangkan penonton dengan aksi lincahnya, penyanyi berusia 43 tahun itu turut memukau seisi dewan apabila dia mempamerkan vokalnya yang mengasyikan melalui segmen akustik dengan mendendangkan lagu Do You, Mad dan You Should Let Me Love You sebelum diikuti dengan beberapa segmen lain yang memberi kepelbagaian mood persembahan ketika konsert.

Penonton enjoy

Penonton di dalam dewan seakan terpaku dan hanyut selama kira-kira 80 minit sepanjang berlangsungnya persembahan kerana tiada langsung momen ‘terbiar’ daripada Ne-Yo yang membawakan bukan sahaja lagu-lagu ciptaannya sendiri bahkan hasil ciptaan untuk artis terkemuka yang lain sekaligus mempamerkan sisi berbeza dirinya sebagai penulis lagu dan juga komposer.

Bertambah manis lagi apabila konsert tersebut turut dihadiri oleh ramai selebriti tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Sissy Iman, Aishah Retno dan ramai lagi.

Ne-Yo juga bijak memikat hati penonton yang hadir apabila mengajak mereka untuk menari dan bertepuk tangan saat lagu rancak miliknya didendangkan.

Di sebalik suasana yang penuh meriah, satu momen lucu telah berlaku apabila dua orang peminat ‘bergaduh’ merebut tuala lap muka yang dibasahi peluh penyanyi itu selepas dilemparkan Ne-Yo dari atas pentas.

Fanbase Ne-Yo di Malaysia

Menurut Pengasas Happymoon, Encik Kesavan Purusotman atau mesra dengan nama KC, pemilihan Ne-Yo adalah disebabkan pihaknya melihat begitu ramai peminat di Malaysia yang meminati penyanyi tersebut.

“Kami memilih Ne-Yo kerana terdapat ‘fanbase’ yang besar di Malaysia, ramai yang merindui lagu-lagu R&B nyanyian beliau dengan elemen hip-hop yang masih segar diingatan.

“Kebolehan Ne-Yo berinteraksi dengan penonton juga amat menakjubkan kerana berjaya mengajak kesemua yang hadir untuk turut serta bernyanyi selain membawa kembali kenangan manis sewaktu di alam remaja,” ujarnya

Dalam pada itu, Encik Rohit turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan Ne-Yo Live In Malaysia

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Happymoon kerana menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang diluar jangkaan dan semoga perhubungan ini berterusan dengan pelbagai lagi persembahan menarik dan istimewa, tidak lupa juga kepada rakan penaja kami Mola Chill Club (Rakan Digital), Shangri La (Rakan Hotel) dan Radio Rasmi – Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Melody FM,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar